Tuesday, August 31, 2010

Pembinaan Pasar baru ditarik balik

teman pernah komen pasal pasar gunung rapat yang mana peniaga cina disana merasakan pasar tersebut milik mutlak orang cina. BACA DI SINI

IPOH 27 Ogos – Peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM6 juta untuk pembangunan Pasar Awam Gunung Rapat telah ditarik balik berikutan para peniaga membantah proses perobohan bagi tujuan pembinaan pasar baru tersebut.


Dalam masa sama, Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim berkata, proses pemuliharaan semula pasar lama itu juga dihentikan buat seketika.

“Oleh kerana kita tidak membangunkan pasar yang baru, Kerajaan Persekutuan terpaksa menarik balik peruntukan untuk diagihkan ke tempat lain.

“Itu realiti yang terpaksa dihadapi dan saya berasa sedih kerana bukannya mudah untuk membawa peruntukan itu kembali. Saya melakukannya dengan niat baik sebagai seorang pegawai kerajaan, namun mereka mencemuh dan enggan memberikan kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas (Bajet) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini semalam.

Pembangunan pasar lama di Gunung Rapat itu sebelum ini dipolitikkan pihak tertentu sehingga para peniaga enggan berpindah ke kawasan sementara yang disediakan walaupun kos elektrik serta air ditanggung MBI.

Malah, pihak MBI juga terpaksa turun padang berulang kali untuk memujuk para peniaga supaya memberi laluan kepada pembinaan pasar awam yang lebih tersusun.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM36 juta untuk pembangunan Pasar Awam Gunung Rapat termasuk lima lagi pasar lama di sekitar bandar raya ini iaitu Pasar Basah Kampung Simee, Pasar Awam Jelapang, Pasar Awam Jalan Pasir Putih, Pasar Awam Buntong dan Pasar Awam Pinji.

Dalam pada itu, Roshidi berkata, pihaknya akan terus membida pembinaan pasar baru di Tanjung Rambutan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta yang juga datang daripada Kerajaan Persekutuan.

“Saya berharap peniaga-peniaga di Tanjung Rambutan akan menyokong pembinaan pasar tersebut kerana kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat tidak putus-putus memberikan bantuan kepada rakyat di sini,” katanya.

INI KOMEN - DOA UTK BUKAN ISLAM

Doa kepada bukan Islam perkara baru


Baru-baru ini kita heboh dengan isu khatib mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada pemimpin bukan Islam dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang. Isu ini mendapat perbezaan kalangan ulama tanah air, ada yang melarang dan ada membolehkan.

Secara peribadi, saya lebih cenderung kepada perkataan ulama yang melarang mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam. Kecenderungan saya ini bukanlah membabi-buta tetapi insya-Allah akan disusuli dengan hujah untuk meluruskan beberapa perkara tentang isu ini.

Ada kalangan ustaz membela perbuatan boleh mendoakan kepada bukan Islam dengan mendatangkan beberapa hujah berdalilkan ayat al-Quran dan sunnah Baginda Nabi SAW.

Apa yang hendak diingatkan ialah doa oleh khatib terbabit ialah dalam khutbah Jumaat. Saya ingin bertanya kepada yang berkenaan dalam membela isu ini apakah perbuatan mendoakan kesejahteraan dan rahmat dalam khutbah Jumaat kepada bukan Islam pernah dilakukan Nabi SAW dan para sahabat atau para salaf?. Tentu jawapannya tidak.

Kalaulah demikian sifatnya, perbuatan tersebut adalah perkara baru yang tidak ada contohnya dalam agama, dan setiap yang diada-adakan dalam agama adalah bidaah dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu di dalam neraka.

Memang benar Nabi SAW pernah memberi ucapan "assalamualaikum" dalam majlis yang dihadiri orang bukan Islam. Hakikat ini bukan boleh dijadikan satu dalil dalam membolehkan untuk berdoa kepada bukan Islam dalam khutbah Jumaat.

Kalau kita teliti mendalam, kita akan dapati tidak pernah Nabi SAW mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada orang kafir dan musyrik dengan mengkhususkan ucapan salam serta doa rahmat kepada nama-nama tertentu dalam kalangan orang musyrik.

Bahkan kata Syeikh Ismail bin Marsyud ar-Rumaih dalam kitabnya Jahalatun Nas Fid Du’a (kesalahan dalam berdoa, beliau berkata : “Mendoakan orang kafir agar diberikan rahmat dan pengampunan adalah diharamkan, dan barang siapa melakukannya maka dia telah berdosa dan tidak akan dikabulkan doanya”.

Nabi SAW pernah berdoa kepada Allah SWT agar diberikan hidayah kepada orang kafir dan musyrik, sama ada secara umum mahupun secara khusus dengan menyebut nama-nama tertentu, seperti mendoakan hidayah terhadap penduduk Thaif, berdoa agar salah seorang Umar memeluk Islam dan mendoakan hidayah untuk kabilah Daus (Sahih al-Bukhari, ad-Da’waat) Ada juga golongan agama berhujah dengan kisah sahih bahawa ada sahabat Nabi SAW pernah meruqyah/jampi kepada orang bukan Islam yang terkena penyakit gila dengan al-Fatihah sehingga sembuh dan diberikan kepada sahabat 100 ekor kambing sebagai balasan. Kisah ini dijadikan dalil dalam membela bolehnya mendoakan kesejahteraan kepada mereka.

Perlu diberikan perhatian, kadangkala ada segelintir orang agama menggunakan dalil umum sebagai hujah untuk membela perkara khusus. Seperti ingin memaksa-maksa dalil tersebut agar sesuai dijadikan hujah bagi membela isu agama yang ingin ia pertahankan.

Sekiranya teringin juga untuk mendoakan orang bukan Islam, carilah orang yang sakit dalam kalangan mereka lalu ruqyahkan dan jampilah agar sembuh, bukan dengan menaiki mimbar hari Jumaat yang khusus, dalam khutbah khusus dan doa yang khusus untuk mereka.

Jika benar ada pendapat ulama yang membolehkan mendoakan rahmat kepada bukan Islam selagi mereka tidak mati dan tidak memusuhi Islam; maka saya ingin membawa sebuah kisah di mana pernah ada seorang Yahudi ingin bersin lalu dia hampiri Nabi SAW dengan harapan sesudah ia bersin Nabi SAW akan mendoakannya dengan doa "yarhamukallah" (semoga Allah merahmatimu). Inilah doa yang Nabi SAW ajarkan kepada kita untuk mendoakan kepada orang Islam yang bersin. Tetapi Nabi SAW tidak mendoakan dengan doa ini, bahkan nabi mendoakan kepada Yahudi tersebut dengan doa "yahdikumullah wa yuslihu balakum" (semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membaiki hati kamu. Hadis riwayat al-Bukhari.

Kisah ini membuktikan bahawa mendoakan rahmat kepada orang bukan Islam tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW secara khusus, kerana Nabi SAW gantikan doa "yarhamukallah" kepada "yahdikumullah wa yuslihu balakum". Kalaulah boleh mendoakan rahmat kepada mereka tentu Nabi SAW tidak akan menggantikan doa tersebut.

Kisah ini juga membuktikan bahawa tidak ada masalah untuk mendoakan hidayah kepada orang bukan Islam sama ada ia memusuhi Islam atau tidak. Mudahan-mudahan doa tersebut menjadi sebab Allah memberi hidayah Islam kepada mereka, pun begitu tidaklah juga Nabi SAW mendoakan hidayah kepada bukan Islam secara khusus dalam khutbah Jumaat, melainkan di luar khutbah Jumaat.

Berhubung dengan doa Nabi SAW agar dikuatkan Islam dengan salah seorang Umar, perkara ini juga perlu diambil perhatian kerana dalam doa ini Nabi SAW secara terang-terangan memohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada salah seorang Umar dengan disebutkan nama agar keislaman salah seorang daripada mereka akan menjadikan Islam itu kuat.

Secara peribadi saya bersetuju agar setiap Muslim mendoakan hidayah kepada bukan Islam yang boleh memberi manfaat kepada kekuatan Islam. Tetapi yang perlu diluruskan adalah janganlah memilih bulu untuk mendoakan hidayah individu bukan Islam dengan hanya beberapa orang sahaja, yang kelihatannya seperti ada agenda ‘bias’ kepada ideologi politik tertentu.

Sekiranya ikhlas, kenapa tidak didoakan hidayah kepada pemimpin bukan Islam yang memimpin sebelum ini. Bahkan doakan juga sekali hidayah kepada pemimpin-pemimpin dan orang-orang kaya yang bukan Islam dengan disebutkan nama-nama mereka secara khusus, jika Allah memakbulkan insya-Allah Islam akan kuat dengan ramai orang bukan Islam menganut Islam. Malangnya, sudah tentu perkara ini tidak akan dilakukan disebabkan fahaman sempit ideologi politik sendiri.

Saya juga bersetuju sebagai seorang Muslim kita boleh berbuat baik kepada mereka dalam hal muamalat dan keduniaan seperti memberi sumbangan harta dan bergaul selagi mereka tidak memusuhi Islam seperti firman Allah, maksudnya : “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berlaku adil, melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang jadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8)

Dalam ayat ini juga Allah mengingatkan kita agar tidak berteman rapat kepada orang yang memerangi Islam dan orang Islam. Tetapi yang sedihnya, individu didoakan ini sudah kita maklumi ia berada dalam parti yang secara terang-terangan menolak hukum Allah agar tidak dilaksanakan di negara ini.

Apa yang kita khuatir, terkena firman Allah yang bermaksud : “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).

Bukankah menentang hukum Allah secara terang-terangan ini adalah satu kezaliman?! Bukankah kezaliman yang besar itu adalah syirik kepada Allah?! Seperti kata Luqman kepada anaknya “..Sesungguhnya syirik itu satu kezaliman yang maha besar”. (Surah Luqman : 13). Mana mungkin kita sewenang-wenangnya untuk cenderung kepada golongan yang membenci Islam dan syirik pula dalam beragama.

Bagi saya yang terbaik bukanlah mendoakan kebaikan kepada pemimpin bukan Islam seperti memerintah dengan adil, kesejahteraan kesihatan atau keamanan harta, tetapi yang sebaiknya ialah kita berdoa kepada Allah agar dilindungi dari kezaliman dalam pemerintahan, tidak ditimpakan bala akibat kesyirikan pemimpin dan nikmat keamanan diri serta harta tidak ditarik akibat tidak dapat memilih pemimpin Islam. Beginilah Islam mengajar umatnya agar sentiasa memohon perlindungan daripada Allah dalam semua keadaan sebagai bukti pergantungan harapan dan kebenaran Islam itu agama rahmat kepada sekalian alam.

Saya juga menyeru agar khatib yang mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada pemimpin bukan Islam dalam khutbah Jumaat itu segera bertaubat dan mohon keampunan kepada Allah dan membetulkan kembali kesilapan yang dilakukan agar kesucian Islam terjamin. Semoga Allah SWT mengampunkan kita semua yang beriman kepadanya.

Semoga sedikit nasihat saya ini kepada ustaz yang mempertahankan isu tentang bolehnya mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam, dapat merenung kembali isu ini seadil-adilnya, supaya kita tidak tersalah dalam mempertahankan kebenaran. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua dan sentiasalah kita ketahui bahawa agama itu adalah nasihat.

* Penulis ialah Ketua Biro Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU)
 
terima kasih atas nukilan yang BAIK.

Sunday, August 29, 2010

SIAPA YANG SEBENARNYA NAK REMBAT RM40K?

ini cerita dari kg aku....

penduduk kg yg diketahui dipengaruhi oleh anasir PAS telah memohon peruntukan kerajaan negeri bagi menaik taraf kemudahan di kg tersebut. setelah dibuat perincian budget, mereka memohon peruntukan sebanyak RM60K. Menyedari bahawa permohonan tersebut adalah satu keperluan dan meletakkan kalimah RAKYAT DIDAHULUKAN itu tepat pada tempatnya...maka kerajaan negeri telah bersetuju memberikan bantuan tetapi  setelah dikaji hanya RM20K diperlukan untuk menyiapkan apa yg dituntut. Kerana kerajaan negeri hanya mengeluarkan peruntukan sebanyak RM20K dan jumlah itu mampu menanggung kos projek tersebut maka PUAK yg memohon berasa tidak berpuas hati...dan jalan mudah diambil dengan MENUDUH YB(exco) telah MEREMBAT RM40K.... itu teori mereka!!!

tetapi YB tadi punya kenyataan yang cukup bijak....kalau masalah tersebut dapat selesaikan masalah dengan budjet serendah RM20K dan hanya itulah peruntukan yg dikeluarkan kerajaan negeri maka siapa sebenarnya yang mahukan lebihan peruntukan tersebut???

tepuk dada tanyalah iman

Thursday, August 26, 2010

PAS dah konar baring...tunggu terjerombab je ler

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad meminta supaya PAS memfokuskan kepada polisi-polisi umum Pakatan Rakyat dan bukannya kepada hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Menurut kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa media alternatif semalam, beliau berpendapat bahawa perkara yang disuarakan oleh pemimpin utama partinya seperti Mursyidul Am, Naib Presiden dan Ketua Pemuda bukan sebahagian daripada kerangka polisi umum (CPF) Pakatan Rakyat itu sendiri. Sambil menyifatkan PAS sebagai Parti Islam Demokratik dalam sebuah budaya politik campuran, beliau meminta semua parti komponen PR termasuk PAS sendiri bergerak diatas mandat yang diberikan oleh rakyat semata-mata dan tidak memaksa rakyat untuk menerima Islam.

Dzulkefly juga mendesak supaya semua komponen parti menghentikan pendebatan tersebut kerana ia dikhuatiri akan menggagalkan PR untuk menguasai kerajaan persekutuan. Sebelum itu, Mursyidul Am PAS meminta supaya Karpal Singh dan Lim Kit Siang memahami hukum hudud dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi alternatif kepada hukuman sivil pada hari ini dalam mengatasi masalah sosial seperti zina, rogol dan buang bayi.

Cadangan tersebut disambut oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau meminta supaya pihak non Muslim tidak perlu khuatir terhadap hukum hudud kerana ia hanya dilaksanakan kepada orang Islam sahaja. Pandangan beliau disokong oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi pula semalam meminta supaya PAS mempertimbangkan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam kerana ia satu tindakan yang sia-sia.

Sunday, August 22, 2010

BENAR walaupun PAHIT.

"Saya bawa kereta Proton Saga. Ah Chong & Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong & Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandunya"

berikut analogi yang diberikan oleh Puan Hajah Siti Inshah Mansor (Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman) pada 12 Ogos 2010.

LS8 menyokong PUAN HAJJAH SITI dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Hidup manusia punya UNDANG-UNDANG dan PERATURAN terutama kepada PARA PELAJAR tanpa batasan agama dan bangsa.

Sunday, August 15, 2010

MERIT dan KUOTA

bila sembang bab ekonomi, peruntukan dan tempat di UNIVERSITI depa palu gendang MERIT.

bila sampai musim pilihanraya mula lah bincang balik KUOTA. apa punya AUTA! 

Monday, August 9, 2010

KELAKARAMA channel 132TVSelangor.

bila nak buat kunjungan kepada DYMM tuanku permaisuri agong, Kerajaan negeri selangor hanta YB Eli Kang2. sekarang rakyat bertanya tak ada ker YB melayu yang boleh dihantar sebagai wakil kerajaan negeri. Ye la kerajaan negeri dah lakukan kesilapan bila menafsir sendiri kehadiran duli tuanku mencemar duli ke majlis tersebut. Tak salah nak hantar YB Eli Kang2 tapi di mana muslimah PAS? atau srikandi keadilan? mungkin menerima nasihat yang bernilai singgit!!!

bila nak lawat kilang arak dihantarnya PanglimaPerang PAS MP shah alam...YB kholid al-gereja. Keluar dalam HARAKAH kononya ini adalah lawatan bagi kajian kesesuaian tanah tersebut utk dibangunkan sbg terminal bas shah alam. Namun begitu melalui akhbar sampah yg sama beberapa tahun yg lalu PAS telah menghentam sebilangan mahasiswa drpd UNIMAP yang melakukan lawatan pembelajaran ke kilang yang sama.. walharamu wal-kamu walhalali wal-aku!! kata rakan blogger yg mengulas isu ini.

rupanya urusan lawatan tersebut tidak hanya lawatan kajian sebaliknya diselitkan dengan cadangan pemindahan ke kawasan yang lebih besar di kelang. tambah al-gerejahi lagi kedudukan di kelang akan memberikan keuntungan pada pihak kilang kerana brdekatan dengan port yang akan memudahkan urusan import dan eksport kilang tersebut.

NILAIKAN...walhalal-ku walharam-mu


SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...