Thursday, April 29, 2010

Titah Tuanku Sultan Selangor

teman on the way ke perak, pasang radio sinar dan semasa "berita sinar" teman dengor hebahan yang menyatakan :

1. Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan Selangor bertitah, halangan untuk berpolitik di masjid2 dan surau surau akan tetap di lakukan.

2. halangan berbuat demikian di buat kerana tidak mahu menjadikan "rumah allah" sebagai tempat menggalakkan perpecahan....so nicky ajis, ia bukan satui larangan yang diwarisi drpd penjajah!!! jangan tabur fitnah!

3. kepada mereka yang mahu ke selangor, DYMM Tuanku Sultan bertitah supaya mengikut apa yang disyaratkan. teman yakin Tuanku bertitah adalah sbagi respon kepada memanda menteri kelantan atas keceluparan Nicky ajis menyanggah titah tuanku. To clear the air, N.ajis memaklumkan dia tak tahu menahu dengan titah Tuanku...hairan takkan lah orang kampung dan Felda pun tahu...memanda menteri tak tahu..set pol, setiausaha sulit, P.A atau mungkin drebar tak bagitau ker?

Wednesday, April 28, 2010

Kata Dulang Paku Serpih

PRK HS, Kerajaan negeri selangor edar borang 5A, borang apa tuh? borang pemilikan tanah....Kalau PKR kalah permohonan akan di tarik balik.

Sebelum pilihanraya, mereka mengagihkan wang RM200 dan barangan keperluan isi rumah kepada penduduk HS...untuk apa mereka berbelanja...oppsss bersedekah...wallahualam ZAID jua yang tahu kenapa.

Premis perniagaan yang tak diduduki di Bkt Beruntung, tiba2 kerajaan negeri mengecualikan bayaran cukai pintu...untuk apa itu? kenapa semasa demam pilihanraya?? kenapa hanya di HS, tempat lain? tak adil lah begini...PR mesti BUDIMAN!!

Dulu bukan main marah sekarang dewan orang ramai dah jadi dewan orang PR...dewan2 ini dijadikan markas gerakan mereka...huhu ini salah guna kuasa.

cuba tengok berapa banyak kenderaan dengan lambang kerajaan negeri berada di atas jalan di HS...eh eh takkan sekarang baru nak lawat kawasan...ada sebab la tuh.

bukan setakat sumbangan...ugutan pun ada juga...Penerima zakat yang condong kepada BN maka bantuan akan di tarik balik...ya allah, duit zakat tuh bukan hak mutlak kerajaan negeri...
zaid ibrahim kata INI MERUPAKAN PILIHANRAYA PALING KOTOR DALAM SEJARAH...SPR BERAT SEBELAH DAN BERLAKU KETIDAK ADILAN DALAM PROSES PILIHANRAYA!!! 

LEPAS NIH TAK PAYAH LAGI NAK JADI CALON PILIHANRAYA....MASA SEBELUM HARI MENGUNDI MACAM2 CAKAP...PENDUDUK HULU SELANGOR TERIMA ZAID LA...PELUANG MENANG ADA!!...30K PENYOKONG DALAM TANGAN LA.....DAH KALAH NAK SALAHKAN SISTEM...WOIII SITEM TUH JUGAK LA YANG KOMER GUNA MASA KOME MENANG SEBELUM NIH!!

 


TERIMA KASIH pengundi CINA yang Mengundi BN

Surat khabor dan laman blog banyak mempersoalkan tentang kemana hala tuju undi masyarakat cina terhadap BARISAN NASIONAL...ramai juga yang sedih, marah dan terasa hati...AKU SIKIT TAK SALAHKAN DEMER!!!yerr aku juga tak terkecuali...
Namun jauh disudut hati, aku perlu ucapkan tahniah dan ucapan trilion TERIMA KASIH kepada sahabat BN chinese voter 28% yang membantu YB KAMALANATHAN...

This is TRUE friendship dan sahabat politik yang baik...dan mereka berhak terima UCAPAN TERIMA KASIH dan SALAM PERSAHABATAN!!! tapi dengan rasa curiga yang amat menebal didalam hati......

semoga di teruskan pada PRU13....dan andaikata berlaku peristiwa "sahabat" menikam dari belakang harap semak sama sejarah pejuangan melayu di bumi bertuah dan bumi berdaulat ini....


beberapa perubahan ayat telah dilakukan...heheh dek kerana membaca blog2 lain...terasa ada sangat kebenaran melayu terus dikhianati...CSL jangan salahkan PERKASA atas kelemahan party sendiri.. dek kerana perkasa lah undi melayu kembali bertaut kepada BN...

 

AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim


Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?
Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.
Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika “berpolitik” artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai “sekular” dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu.
Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.
Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.
Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam “kempen” politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk “berpolitik” sedangkan “politik” yang dibawanya adalah “politik kotor” penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah “Pesuruh Allah” yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.
Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.

minta tolong sapa2 yg rapat dgn n.ajis tolong convert tulisan nih ke jawi...jangan lupa bagi tok guru pakai spek memolek...nanti dia wat alase dok pakai spek mater pulok!!!kalu nok molek lagi, buri ariff fahmi baco!!!

Tuesday, April 27, 2010

kata n.ajis kami meningkat 100 UNDI!!!!

teman nak komen...opsss kondem fakta nik ajis yang mengatakan peningkatan 100 undi kepada PR membuktikan kekuatan mereka masih utuh...

macamana pulak dengan peningkatan 2000 undi kepada BN...kembalinya pengundi india kepada BN dalam keadaan MIC masih SAKIT!!! MIC belum sembuh sepenuhnya!!!

calon insaf dan taubat TUAN HJ ZAID IBRAHIM seharusnya menarik undi yang banyak kepada PR tetapi apa yg berlaku sebaliknya..kehadiran TOK GURU N.AJIS ke medan perang sekembalinya drpd mekah harus menyaksikan gandaan undi buat PR namun pilihan rakyat telah diperkenankan ALLAH. Kamalanathan dipilih MP baru Hulu Selangor walaupun beliau hanya turun sebagai calon lightweight...tak percaya timbang la kedua-dua calon!!!





N.ajis buat2 lupa pulak persengketaan dengan tuan haji zaid ibrahim...yer la...budu dalam botol...cuba buka aromanya penuh segenap ruang...hmmmm mcm2....

n.ajis sering buat statement bodoh dan tidak bertanggung jawap atas statement yg di buat..alasan beliau tidak tahu menahu tentang titah Duli Tuanku Sultan Selangor tentang larangan berpolitik di masjid sangat daif!!!!n.ajis ialah MB kelantan,adalah mustahil tiada seorang dikalangan setiausaha politik mahupun para pegawainya tidak tahu tentang titah tuanku!!!memalukan dan BODOH!!!!

sebagai rangkuman ulasan tentang peningkatan undi di HS kepada PR....LUPAKAH TUAN GURU DENGAN PRK DI MANEK URAI...gi kire semula tuan guru berapa hok meningkat berapa pulok hok menurun!!!!sape hok meningkat sape pulak hok turun undi....

Sunday, April 25, 2010

agaknya macam ni la kalau nengok SUKAN lumba kuda

keletap keletup...ponponpon.....tet tet tet
peh...kejap sini laju, kejap lagi sana plak laju.....agaknya mcam ni la nengok race kuda.....
apapun target anwar 30K undi dalam tangan mcm tak sempat nak capai jer!!!

7:15pm - keputusan terkini

sumber blog kak midah
BN 9375
PR 7299

alhamdulillah

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...