Tuesday, November 9, 2010

TUN M dan PROTON

Saya panjangkan tulisan TUN M pada semua. Saya sayang PROTON...keluarga saya penyokong tegar PROTON...ayah saya membeli Proton ISWARA semasa saya di tingkatan 2, pada tahun 2002 kami sekeluarga bertukar kepada Proton WAJA. adik saya selepas mula mendapt kerja membeli sebuah kereta proton SATRIAdan saya berpeluang menukat kereta daripada kancil kepada SAGA BLM dan adik lelaki bongsu saya mengambil PESONA sebagai kereta pertamanya...

1.Pada 6hb November kereta Proton Exora telah menang pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom). Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.




2. Hampir semua syarikat-syarikat otomobil di dunia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan kereta elektrik dan hybrid ciptaan mereka untuk masa depan (future). Kereta-kereta ini dikehendaki berjalan dari Brighton ke London, perjalanan sejauh lebih kurang 60 batu (miles).



3. Diantara jenama yang terkenal yang mengambil bahagian ialah Toyota (Jepun), Volkswagen (Jerman) dan General Motors (Amerika Syarikat). Ada yang mengambil bahagian dengan kereta yang sudah dipasarkan dan ada yang belum dipasarkan.



4. Proton menyertai dengan sebuah kereta Exora untuk pertandingan ini yang menggunakan sistem yang, selain daripada amat kurang mencemarkan udara tetapi juga menggunakan bahan bakar petrol yang amat sedikit.



5. Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.



6. Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.



7. Keputusan pertandingan ini jelas menunjukkan yang teknologi Proton jauh lebih baik daripada teknologi lain-lain jenama.



8. Sementara itu Proton Saga elektrik juga mendapat kemenangan tetapi syarikat-syarikat lain membuat protes. Pihak Proton telah membantah terhadap protes ini.



9. Selain daripada kurang mencemar udara dan jarak perjalanan bagi satu gelen petrol kereta Exora dan Saga mampu memuatkan jumlah penumpang sepenuhnya dan bootnya (tempat simpanan barang) juga mempunyai kapasiti biasa. Hampir semua kereta lain terpaksa menggunakan boot dan tempat duduk belakang untuk bateri.



10. Kejayaan Proton dalam pertandingan ini membuktikan kemampuannya bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dunia dalam teknologi elektrik, extended range electric dan hybrid.



11. Proton sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan Saga Elektrik dan Exora Extended Range untuk pasaran dunia. Buat kali pertama Proton mempunyai harapan untuk bersaing dalam pasaran kereta bermotor di seluruh dunia.

1 comment:

PAShiT said...

salam,

PROTON adalah kebanggaan org Melayu.Tun Dr M berjaya menukar satu generasi org kita dari bidang pertanian ke bidang jurutera.

Dulu tahun2 70an saya biasa dengar kaum Cina kata "lu melayu skru pun tak boleh buat".

Skrg kita mampu takluk dunia.
Kita mesti percaya dgn kemampuan kita dan jgn biarkan PROTON gagal.

Dgn Tun sebagai penasihat PROTON mampu menggegarkan dunia dgn keluaran kereta EMAS elektrik pada 2012!

Wassallam

PAShiT

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...