Wednesday, April 13, 2011

nga N ngeh - wat tu du maaa

Kerajaan Perak dipuji tingkat keyakinan pelabur

IPOH 12 April - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memuji usaha yang dirintis oleh kerajaan negeri kerana berjaya meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini.
Titah baginda, nilai pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (Mida) dalam negeri Perak meningkat daripada RM893 juta pada 2009 kepada RM3.039 bilion pada tahun 2010.

Baginda bertitah, pelaburan tersebut terdiri daripada RM1.393 bilion pelaburan domestik dan RM1.646 bilion pelaburan langsung asing.

"Melalui pelaburan tersebut, 5,396 peluang pekerjaan baru dijangka dapat diwujudkan," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Baginda bertitah, bagi memastikan setiap pelaburan dapat memulakan operasi dengan segera, jabatan dan agensi yang berkaitan perlu mengambil pendekatan sebagai pemudah cara di samping mengamalkan budaya kerja mesra pelanggan.

Titah baginda lagi, pada tahun lalu kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil kepada RM793.2 juta tahun lalu berbanding RM642.6 juta pada tahun sebelumnya.
Peningkatan hasil tersebut jelas baginda, telah membolehkan kerajaan negeri menambahkan lagi projek-projek pembangunan.

Raja Nazrin bertitah, hubungan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan telah membolehkan kerajaan Perak mencapai prestasi perbelanjaan 91.2 peratus peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu pencapaian prestasi perbelanjaan kedua tertinggi antara negeri-negeri di Malaysia.

ALHAMDULILLAH NIKMAT ALLAH

No comments:

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...