Wednesday, February 4, 2009

EPL, Eish Pelik La! Coach Nizar : kami akan susun strategi

Kedudukan liga ADUN Perak semakin menarik. Setelah Barisan Nasional bolos hasil daripada "serangan belakang" pihak PR yang memaksa DS Tajol Rosli terpaksa meletak jawatan. BN kini dipimpin oleh barisan kejurulatihan baru di terajui oleh coach DS Najib. Hasil daripada serangan balas yang dilakukan defisit jaringan telah bertukar namun yang mendapat gol bukan BN sebaliknya pasukan tanpa jurulatih BEBAS hasil daripada aksi jaringan "tandukan lembu" dan "lompatan katak" oleh 2 bekas pemain utama PR.

Permainan kini telah berlanjutan ke masa tambahan hasil daripada masa kecederaan 48 jam yang diberikan oleh captain PR, Ngeh ngeh ngeh! (lebih sudu dari kuah yob). PR yang terdesak mencari jaringan cuba menghukum 2 pemain tersebut yang dituduh telah menerima kad merah dan mahukan jaringan tersebut dibatalkan. Namun begitu tribunal pengadil telah mengambil keputusan bahawa gol tersebut diterima. Maka kini kedudukan terkini liga menjadi PR 30 Bn 27 dan BEBAS 2. tampuk liga mungkin bakal berubah andai penjaring PR sebelum ini yang memakai jersi BN menafika jaringanya...hehhehehe.

disebabkan prestasi yang dilihat makin menjunam terdapat beberapa kemungkinan bahawa beberapa pemain skuad PR akan turut berpindah pasukan. Pembelian tidak dibuat semasa transfer window dibuka maka kemungkinan perpindahan adalah atas free transfer.

sehubungan itu coach nizar dipercayai dalam prose menyusun kembali pasukan...di samping tindakan mahkamah keatas BN. "kami tak buat apapa lagi pun kena?" kata seorang ahli kelab penyokong BN

sebelum ini strategi permainan PR ialah 7 - 4 - 2 berdasarkan komposisi cina - melayu - india. PR masih mempunyai barisan simpanan yang masih didominasi pemain kelahiran tionghwa. maka kemungkinan yang diisi adalah kedua-dua melayu PAS atau kedua-dua cina DAP atau 1 melayu dan 1 cina ataupun 1 melayu 1 india, atau mungkin juga 1 cina 1 india....makin perit nampaknya susunan pasukan PR.

BN sebaliknya masih belum mampu berbuat apapa kerana belum pun guruh sabung di langit, bah telah basah dibumi dengan tuduhan "dulu,kini dan selamanya" BN beli "pemain kami"

saya melaporkan dari kacamata sendiri.

terkenang semasa dulu


MRSM BESERI 1995 (form5@senior)

partner in crime (panggang ayam) emran kassim, azharin@flash, nik@pak_noit, lamin, mizan

salim bulat - DS - roll call - exercise naik motor - bukit gondol dan gendel - blok cahaya 003 n 019 - nang@roomate - 4 bersih - 5 bersih - zamrud 4@mat khir - abe - pesot - serinyit - sharmizan - pak abu - cm - pc - prof - gaban - war - egy - adib - pali - fido - budin n bidin - sweet/bitter memories remain.........

aku jumpa gambar nih masa redah internet....aku rindu geng sekolah!! hhahahahha...
kalau takder kerajaan BN dan MARA tak merasa la aku ke MRSM!!!!

Tuesday, February 3, 2009

cerita pengantin baru

Maka berlabuhlah tirai malam. Sang pengantin menelan liur menahan gelora. Masing-masing tersipu malu. Suasana diluar sana makin hening, hanya suara 2-3 makcik yang masih tak sudah mengungkap cerita lama...

huh...dengus sang teruna, sang dara tersenyum simpul. masing2 tak tahu siapa harus mulakan. Teruna dah tak sabar....ais perlu di pecahkan!!!! suasana membeku harus ditamatkan...Sang teruna memulakan bicara...."sayang, errmmmm kalau kita gi honeymoon kemana-mana...naik kapal terbang...sayang nak tak?"...kata sang dara "nak abang...saya memang teringin nak berhoney moon"....heheheh...ketar bunga tawa sang teruna.

"sayang...kapal terbangnye dah bersedia...landasanya macamana?"

"apa yang abang merepek nih...malam2 nih mana ada flight!"

bungkam...senyap...dan lena

malam ke dua, si suami kembali bertanya dengan harapan isterinya memahami persoalan yang dilontarkan semalam..."kapal terbang dah ready nih yang" si isteri sambil ketawa menampar bahu suami "mana tiketnye...mana tiketnye?"....serabut menyelubungi otak si suami.. "apehal lah slow sangat isteri aku nih!!!!"

keesokkanya, si isteri bertanya dengan ibunya...kenapa sisuaminya bertanya soalan tentang kapal terbang kepadanya...pap! si ibu menepuk dahi...lalu berbisiklah 2 beranak tentang maksud sisuami yang masih teruna adanya.

maka malam itu, si isteri menunggu dengan penuh getar agar sisuami bertanya soalan yang sama. sang isteri telah bersedia menjawap tiap persoalan yang dilemparkan...tapi sang suami yang masih teruna masuk kebilik dan terus berbungkus selimut...

kini sang isteri yang perlu mulakan.....
"abang, landasan dah sedia...kapal terbangnya macamana?" rengeknya manja....

nak tau apa kata sang suami? "kapal terbang rosak!!!"

KONKLUSI saya bukan orang politik

saya bukan orang politik. tetapi saya seorang malayu-islam yang sangat meminati politik. bukan nak guna politik untuk sesuap nasi mahupun kuasa kemudian hari. tetapi hanya mahu pastikan bahawa melayu tak disingkir di bumi sendiri dan islam gah terus disuburi dan "kawan-kawan" BUKAN MELAYU yang lain bleh sama berkongsi..namun hak pribumi janganlah kamu ingkari!!!!...BUKTINYA sejak zaman kesultanan MELAYU melaka sehingga era moden MALAYsia(tanah melayu)....Melayu sangat sayangkan ISLAM,hanya MELAYU(dan juga muallaf) sanggup mati kerana ISLAM dan harus semua ingat ada BUKAN MELAYU yang sanggup mati kalau MALAYsia ini diishtihar negara ISLAM... tapi ada juga MELAYU yang mengaku lebih ISLAM drpd yang lain sanggup tukar PRINSIP hanya kerana berkawan dengan BUKAN MELAYU yang tak suka ISLAM....pandai-pandailah kita hakimi!

kali nih cerita pasal relawan ciptaan.

Dulu mereka kata dia relawan,
relawan yang disembur keluar dari tempat yang amat menjijikkan....
relawan ini kata "mereka" bukan relawan sebarangan!!!
relawan ini pejuang kebenaran
relawan ini pendukung keadilan
relawan ini sumber kekuata....

Namun kini, "mereka" mula sangsi..
relawan masih juga lakukan perkara jijik
relawan masih tak sembuh "penyakit kronik"
relawan memang pakar lompat-flik!
relawan nyanyuk takder sivik!!

dulu relawan suara melayu...
kini relawan "ikut suka dia U"
di pentas "ahmad", keris dihunus
di pentas "ah seng", menari chingge
di pentas "raju"....gendang di palu
di pentas "rakyat?"
relawan jadi sesumpah yang enggan bersumpah!

maka benarlah kata saudara saiful...
mereka lebih percayakan akujanji...
daripada sumpah laknat di rumah ilahi...
malah ada yang percaya dengan sumpah buatan...RM10 cuma!

melayu jangan layu
MELAYU JANGAN LAYU
kini masa bertindak...bukan membisu
KINI MASA BERTINDAK BUKAN LAGI MEMBISU.

MELAYU JANGAN LAYU!!!!

p/s melayu bukan merampas hak kawan2 cuma mohon ia dikembalikan...




Monday, February 2, 2009

burung terlepas,tangan lekat tahi!



gambar nih sesuai aku namakan senjata makan tuan

Berdasarkan tajuk entry kadang2 aku istilahkan juga sebagai "kena getah"...pelanduk selalu lupakan jerat, tapi jerat tuh sifatnya penunggu yang setia....kata orang lagi kalau lantun bola putih ke dinding dapatlah bola putih jua tapi kalau kerap sangat dilontar putih kan tukar warnanya, tapi kalau bola hitam yang dilontar tak mungkin dapat bola lain "kaler".

Manusia nih sifatnya gelojoh, hanya iman yang mampu kawal gelojoh kerana ia datang dari cabang nafsu. maka terjadilah peristiwa "menang sorak kampung tergadai" atau mungkin "baru guruh dah sangka hujan"

p/s yang jadi masalah kat sini apasal penulis sangkut kan datuk Najib. Lain bengkak lain bernanah

Sunday, February 1, 2009

pecat sathia - FAM

FAM,
harimau malaya mengaum lagi,
coach dan tauke tak lagi dikehendaki....

tulah sathia, lain kali belajar la terima hakikat team kita harimau tempang takder gigi... saya harap coach tak pula mencari pasukan liga M utk coach latih because M-league is nt football. Coach sathia meneruskan lagi senarai nama jurulatih yang gagal memimpin Malaysia...ye saya setuju, itu sahaja lah pemain yang malaysia ada...tapi coach penakut ; asyik nak harapkan pengalaman....sampai bila players muda nak maju.

harimau malaya takder gigi,
ada hati nak terkam mangsa,
sudah lah woi!! undurlah diri,
cukup-cukuplah buang masa....

di indonesia, saya tak dapat bayangkan betapa bangganya mereka apabila garuda mengikat aussie sekalipun di kandang sendiri. Di thailand, anak buah ali daie nasib baik tak gigit jari bila keputusan kekal seri. tapi di kandang rimau,tok arab menari!!

apa nak kata lagi...nak kasi peminat sejuk hati bawaklah man utd main disini....
adey poorah!! gua dah tak sudi.

Friday, January 30, 2009

Untungnya seorang penjenayah.....

sukar diterima akal....
biar apapun alasan dan ulasan...
tak mungkin semudah itu
seorang penjenayah diangkat "pahlawan"

ya..sedikit simpati aku sisipkan..
atas kejadian yang bukan-bukan
Namun biarlah tindakan beralaskan fikiran
bukan sekadar melahirkan sumpahan
bukan sekadar mencipta persoalan
dulu penjenayah kini kununya PAHLAWAN

cukuplah kamu mencabar
cukupkah kami bersabar
kalau peristiwa hitam subang jaya mahu di panjangkan...
jangan lupa gugurnya ayah ditetak menjadi korban.

sudahlah kawan....
api yang membakar...kecil menjadi kawan
bila besar pasti melawan!

penjenayah tetap penjenayah
sekalipun belum ditentukan mahkamah
dan percayalah....
penjenayah akan terus digelar penjenayah

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...