masa kejadian : malam khamis...on the way balik kampung.
tempat kejadian : lebuh raya timur-barat ( berhampiran tasik banding)
aku tengah drive tetiba banyak benor kereta bagi lampu tinggi...masa tuh lebih kuang pukul 8 pm. hati aku dah berdebor-debor. aku dah rasa malam nih ada gajah. makin dekat dengan tempat kejadian makin kerap lampu ditinggikan. my misses dah pegang kuat tangan aku.. sakit oooo!
lepas kona...nun di sana seekor bapak gajah tengah lintas jalan. orang rumah aku terkujat... panik.. aku pun terkejut leh rasa degup jantung!!! pehh takut...memang besor...masa tuh pulak kereta aku berada sama landasan dengan sang gajah.. daripada arah hadapan datang pulak sebiji kereta...tiba-tiba memadam lampu kereta...aku yang risau dilanggar membuka lampu dan tiba-tiba sang gajah berpaling kearah kereta ku...fuyyyooooo tobat takut.
telinga gajah dah kembang...belalai dah di angkat tinggal tak bertempik jer lagi...aku masuk line kanan..pecut...tak berani usha gajah tuh...dah lepas baru lega....bini aku sampai ke ipoh baru ok. maka selepas itu, tiap kali orang angkat lampu tiap kali itu aku angkat cuak...
Dari Batu Gajah ke Puncak Alam....... Anak rantau mencari rezeki. Mengabdikan diri di Bumi ALLAH yang satu.
Monday, December 10, 2007
Tuesday, December 4, 2007
"we got bikes to built"...Paul Sr.
kalau sapa yang minat discovery channel mesti kenal ngan orang tua ala-ala janggut hulkamania kerja dia asyik gaduh ngan anak dia paul jr. heran aku tengok orang putih...bapa anak gaduh macam perkara biasa tapi satu yang aku perati anak dia takder la pulak guna perkataan "tuuut" atau "tuut" tuh.ini yang aku respect pada jr. pada aku bukan penghasilan motor yang jadi tarikan utama tapi perjalanan menyiapkan motor tuh...mikey plak takder kejer lain nyusah kan kejer orang dan fooling around...bagi aku ini antara real time video paling hebat. hebat dari "deadliest catch", NatGeo dan apa-apa je la... American chooper
Sunday, December 2, 2007
"berimpun"
sedih....kecewa...marah...menyampah....menyusah....tah apa-apa....ini memang bukan budaya kita....mungkin kat "bumi" yang lain itu perkara biasa!!!
yang mana yang tak cukup....yang mana pulak yang kurang....apa yang nak sama rata....yang tak sama yang mana pula? kenapa sekarang baru rasa kurang? dulu? sebelum ni? kami tak mintak pun korang datang, opssss nenek moyang aku tak minta pun korang datang.
dah kalau tuntut...lepas ni akan jadi sama ke? macamana dengan "yang asal" nih? takkan nak senyap jer? dah banyak yang di kongsi...tak pernah kita sangsi...jauh sekali tak bagi....tapi....... jangan main api...semasa kecil kawan memasak...dah besar???
dah la sentuh isu kaum...tambah pulak dengan agama..bro, dah banyak yang tak kena... jaga-jaga!!!! anyway aku tetap angkat tangan dan berdoa...supaya malaysia terus aman sentosa...dan masih ramai kawan aku lain-lain bangsa...cukup di ajar..maksudnya tak kurang ajar...
dirgahayu malaysia
yang mana yang tak cukup....yang mana pulak yang kurang....apa yang nak sama rata....yang tak sama yang mana pula? kenapa sekarang baru rasa kurang? dulu? sebelum ni? kami tak mintak pun korang datang, opssss nenek moyang aku tak minta pun korang datang.
dah kalau tuntut...lepas ni akan jadi sama ke? macamana dengan "yang asal" nih? takkan nak senyap jer? dah banyak yang di kongsi...tak pernah kita sangsi...jauh sekali tak bagi....tapi....... jangan main api...semasa kecil kawan memasak...dah besar???
dah la sentuh isu kaum...tambah pulak dengan agama..bro, dah banyak yang tak kena... jaga-jaga!!!! anyway aku tetap angkat tangan dan berdoa...supaya malaysia terus aman sentosa...dan masih ramai kawan aku lain-lain bangsa...cukup di ajar..maksudnya tak kurang ajar...
dirgahayu malaysia
Friday, November 30, 2007
sekolah mana lebih maju?
Tersebutlah suatu kisah hikayat...3 bekas pelajar sekolah MCKK, STAR Ipoh dan SYS Batu Gajah. Mereka berbincang tentang sekolah masing2 sehingga mencetuskan perbalahan sekolah siapa lebih hebat....
maka pelajar MCKK menyatakan bahawa MCKK telah ada Cooper Cable sejak tahun 50an lagi dan mereka mendahului sekolah2 lain di malaysia dalam teknologi komunikasi, pelajar STAR pula menyatakan STAR mula menggunakan fiber optic pada pertengahan 70an. Mereka berdua bermegah2 dengan teknologi masing2 tetapi dengan selamba pelajar dari SYS Batu Gajah menyatakan bahawa teknologi "wireless" telah digunakan semasa sekolah itu siap dibina pada tahun 1907.
SEKARANG SEKOLAH MANA LEBIH HEBAT?
Wednesday, November 21, 2007
dah masuk musim kawin
Minggu lepas balik Kulim, sepupu orang rumah aku kawin.... letih tu kena drive terengganu-kulim pehtu balik lak penang rumah bapa mertuaku... tema kawin warna maroon, nice colour....oklah pengantin nampak segak dan cun... warnapun sedikit garang dan ranggi....Nampak la gembira the whole family...teringat plak hampir setahun lalu.
kalau tadi pengantin baru yang nih pengantin veteran...tukang kipas pulak separa baru....majlis dah habis mulalah yang lain sibuk nak naik pelamin....termasukla aku ngan adiekda..... lepas tuh rasa sakit seluruh badan...pinggang rasa nak putus...kepala rasa 6 tan besi ada duduk....kaki dah rasa nak tercabut kalau ada nat-nat mesti dah nak tercabut nat-nat tuh.....masa mandi malam tuh rasa nak menjerit...best gila dapat mandi......apapun itulah suka duka majlis perkahwinan....best ooo jadi raja sehari.... SELAMAT PENGANTIN BARU NAZI DAN IZAN
Tuesday, November 20, 2007
Princess Sarah
adik bongsu kitaorang....Muyassarah Ilyana Mustafa. Orang rumah dok panggil "comey". Gambar diambil semasa majlis khatam quran sempena majlis kawin aku last year.Sekarang nih dah pun berumur 9 tahun. "Moya" lahir pada 2.9.1998. Adiok yang sorang nih la paling banyak menghabiskan duit aku. Kalau dia ada, expenses rm10 boleh menjangkau rm20. Tiap kali raya dia la paling untung.....baju dapat,kasut dapat,duit raya dapat...tahun nih sahaja duit raya dia mencecah rm200++. Tak pernah dalam sejarah duit raya aku dapat macam tuh.
Bawah sarah ada "sekor" lagi adik yang berbulu....nama dia Mat Mikey...bebaru nih sakit teruk. luka-luka badan dan kaki tempang...maklumlaa...kucing rumah kena buli je dengan kucing jalanan...dengar citer mikey masuk spital....kata mama mikey nangis masa kena injection.
SIAN MIKEY
Mikey memohon maaf pada ayah dan mama pada Hari Raya 2007 di Ipoh baru-baru ini
Tuesday, November 13, 2007
now...everybody can fly
kalau nak ke KL bleh la naik airasia or mas, selalu aku tngok kalau landing airasia better lagi then mas...tapi mungkin jugak tak...sebab aku baru tengok mas landing sekali jer... yang best kalau naik flight ke terngganu sbb landing dari laut...kalau duduk kat tepi pantai, kapal terbang memang lalu atas kepala...cam leh jentik plak!!!
tahun depan mesti lagi banyak flight kat sini sebab next year dah jadi international airport... kalau bleh ada la plak flight ke ipoh dan dari ipoh...flight kecik2 tuh pun banyak.. pilot baru training situ...touch down naik balik...touch lagi naik lagi....
JOM GI AIRPORT
Subscribe to:
Posts (Atom)
SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu
LS8 SOKONG
RACIST dan perlu di BOIKOT
FEEDJIT Live Traffic Feed
lihatlah DUNIA
amieiedaLUV
semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...