Sunday, February 28, 2010

1 Alur Mengkudu...hmmmmmmm

petikan daripada kedah lanie!!

Klinik 1Malaysia beroperasi secara haram


ALOR SETAR - Klinik 1Malaysia didakwa beroperasi secara haram kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, terutama dari aspek pentadbiran.

Exco Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan negeri, Dr Ismail Salleh berkata, untuk membuka dan menjalankan operasi klinik di negara ini, permohonan oleh doktor bertauliah yang mempunyai Sijil Amalan Tahunan (APC) sahaja yang diluluskan Kementerian Kesihatan.

“Ini bermakna hanya doktor yang memiliki APC sahaja yang boleh dan berhak membuka dan menjalankan operasi klinik. Namun kerajaan masih boleh membuka klinik 1Malaysia seperti yang ada sekarang, tanpa dikendalikan oleh doktor bertauliah tetapi pentadbirannya mestilah di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya.

Dr Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata, disebabkan kedua-dua kriteria itu tidak dipenuhi oleh Kementerian Kesihatan, ini menjadikan Klinik 1Malaysia adalah haram dari segi pentadbirannya.

“Saya berani mengatakan dari segi pentadbiran, Klinik 1Malaysia adalah haram dan tidak mengikut peraturan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, tiada apa boleh dibanggakan dengan penubuhan Klinik 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah beroperasi di hampir setiap negeri.

“Apa yang nak dibanggakan jika hanya perlu membayar RM1 tetapi tidak dapat memberi perkhidmatan menyeluruh, terutama penyakit kronik yang memerlukan pembiayaan besar. Maknanya tidak juga dapat membantu golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, tiada apa boleh dibanggakan dengan Klinik 1Malaysia yang menghabiskan peruntukan RM10 juta,” katanya.

Dr Ismail berkata, Klinik 1Malaysia hanyalah boneka Najib untuk menjuarai rakyat selain berperanan sebagai agenda politik.

Menurutnya, sebelum wujud Klinik 1Malaysia, telah lama wujud Klinik 1Alor Mengkudu yang rawatannya setaraf klinik swasta untuk penduduk setempat.

“Saya telah lama memberi khidmat perubatan terutama kepada warga DUN Alor Mengkudu. Setiap Khamis, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu akan menjadi klinik 1Alor Mengkudu yang memberi rawatan sebagaimana di klinik swasta,” katanya. bayaranya macamana? setandingke dgn klinik swasta?

Terdapat dua buah klinik 1Malaysia di Kedah, iaitu di Taman Kota Kenari, Kulim dan Bandar Puteri Jaya, Kuala Muda. 
 
ulasan teman
bleh ke nak ikut cara Dr UMNO buat keroje? hehehheh...selayaknya beliau digelar TUN
najib nak bantu orang susah pun ada yang susah hati...

Tuesday, February 9, 2010

5-0, Nizar terus meroyan

alhamdulillah puji-pujian buat ALLAH rabbul-alamin. Setiap yang berlaku adalah atas pekenan ALLAH yg esa jua. Manusia hanya merancang ALLAH jua yang menentukan dan perancangan ALLAH itu penuh rahmat....

yang baik datang dari pada ALLAH jua..dan yang salah itu adalah daripada kelemahan manusia!!


to nizar n co (DAP terutamanya):


bukan main lagi...tiap2 hari buat calculation 4 - 1...4 -1 


cuba kira 5 - 0 apa cerita.....

Sunday, February 7, 2010

SIAPA KATA MELAYU TAK HEBAT ver2

Malaysia ke Piala Dunia FIFA... 

(ULASAN TEMANG AMIK DARIPADA BLOG SANGKUANG)

Setelah kejayaan merangkul pingat emas bolasepak Sukan Sea disember lalu, Malaysia sekali lagi mencipta nama. Kali ini Malaysia secara rasminya telah melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA Afrika jun nanti.
Namun begitu, yang akan ke Piala Dunia nanti bukan lah skuad K Rajagopal mahupun skuad Slovakia Azrai. Yang akan ke sana nanti ialah Subkhiddin Salleh, pengadil Malaysia yang mendapat jemputan untuk menjadi salah seorang warga kerja pengadilan 32 pasukan terbaik dunia nanti. Tahniah buat Subkiddin. Sekurang-kurangnya kebolehan anak Malaysia mendapat pengiktirafan FIFA untuk bersama-sama menjayakan Piala Dunia Afrika Selatan nanti.

MALAYSIA BOLEH

Saturday, February 6, 2010

SAPA KATA MELAYU TAK HEBAT?

Pelajar PhD kita terima anugerah Ratu Elizabeth

tahniah Pn Noor Zaiton, orang PERAK nih...bangga juge ler teman....ada dengor cerita drpd orang rumah semasa Pn Zaiton ceramah pasal kajian di UK(di langkawi 2009). Kata Kak Eton udah macam orang tak betoi duduk di tepi jalan semasa buat field work "mengira habuk kome!!!" tapi dia tak peduli dan yakin usaha dia akn membuahkan hasil...

BELIAU MEMANG LAYAK UNTUK GELARAN ITU...TAHNIAH

noorzaiton
SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.
Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini.

Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.

Tahun lalu, Noor Zaiton turut diberi penghormatan menyampaikan ucaptama dalam persidangan antarabangsa Urban Environmental Management and Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagen, Denmark.
Noor Zaiton ketika dihubungi, berkata pengiktirafan itu meletakkan nama negara di peringkat antarabangsa.
“Setakat ini, saya belum pernah dengar mana-mana pelajar Malaysia menerima anugerah berprestij ini dan saya sangat bersyukur kerana terpilih menerimanya. Ia adalah kejayaan negara dan UMT.
“Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami,” katanya.

Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian.
“Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama.

Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara.
“Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar,” katanya.

LAWAD - LEARN A WORD A DAY

nih usaha cikgu english teman masa sekolah di SMGR Ipoh... tapi tuh duluuu sekarang lain


LAWAD - PAPAN KENYATAAN MINGGU BAHASA INGGERIS
DAY 1 - CIFUT
DAY 2 - Mokhtar
DAY 3 - Kelly-Jell
DAY 4 - ?

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...