Thursday, June 11, 2009

Badrul amin biadap.

Hari ini teman takde mood sebab benda nih.
Mulut kotor,muka kotor.... BIADAP.

dulu dia kata macam nih dan yang nih

yang dimaki tuh mufti-mufti.... sedarlah

Wednesday, June 10, 2009

APA sudah jadi, dulu sanjung sekarang MAKI

Kalau dah jadi amalan dan budaya itulah jadinya. Amarah, dengki dan khianat dipadu..... caci maki di alu-alu demi menegakkan kehendak yang hanya satu. Apasahaja yang pendapatnya tak sehaluan akan dijadikan buah bedilan!! tak kira dah masa tuh kawan mahupun lawan..lainlah yang dimaki tuh setan!!!

dulu kalau kena pada orang lain bukan main mereka memalu gendang, bukan main rancak tarian RONGGENG...yang jadi tok dalang tumbuh macam lalang, yang jadi "penglipur lara" terloncat-loncat macam kera...tanyalah mereka dapat pahala kah dosa? tepuk dada tanya selera....imna hilang tah kemana!

Harapkan BN akan BeEnd....hehhehe...rupanya PAS yang jadi hamPAS...jangan melepas sudah. Dalam benci aku tetap sayangkan PAS kerana kamu juga ISLAM dan kamu juga MELAYU...sama bangsa sama agama...sama akidah sama kiblat...tapi kamu nafikan bahawa kita sama!!! wallahualam

Naik Roket berpada-pada, tinggi-tinggi mereka ampu sekali di lePAS...jatuh terhemPAS. mata keadilan matanya satu dah jeling sana bolehkah nak tengok yang disitu? Hindraf roh makkal sakti PAS takkan nak join sekali...

dulu TGHH dipuji, kini di keji
dulu ustaz NASHA budi pekerti, kini jadi bahan maki
Dr harun din pun tak terlepas....bertan berguni Dr dicaci

bukankah mereka ni saf kepimpinan ulama'? bukanya tukang tebar roti kedai mamak!!!

kepada umat melayu....lihatlah sedarlah...MELAYU kini semakin lemah!!

harapan penulis,
melihatkan apa yang terjadi dalam PAS Parti melayu kedua terkuat di MALAYSIA yang dahulu dikenali sebagai TANAH MELAYU....hati penulis sedikit sayu...dalam pada PAS bergelumang melawan knoflik dalaman....secara halusnya penulis dapat melihat dengan jelas bahawa umah melayu semakin dipecah belah!!! seakan melayu itu langsung tak boleh bersatu...takperlu pun KAU dan AKU jadi satu cukup kalau dalam isu berkaitan agama dan melayu...kita tak mudah di tolak ke hulu.

Tuesday, June 9, 2009

SEDARLAH!!!!!

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria

Mufti DiRaja Negeri Perak


Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

#copy dari BUAYA MERAH

Friday, June 5, 2009

tak C.A.T la CM Lim Guan Eng

Guan Eng tells Utusan reporter to leave
Athi Veeranggan | Jun 4, 09 3:44pm
An Utusan Malaysia journalist was told by Penang Chief Minister Lim Guan Eng to leave a press conference today on grounds that the state's Pakatan Rakyat has a pending civil suit case against the Umno-controlled Malay daily.

The justification was used by Lim to bar Penang Utusan assistant bureau chief Haszrul Mohamed from attending the press-meet following the swearing-in ceremony of new Seberang Perai Municipal Council (MPSP) president Mokhtar Mohd Jait in Bukit Mertajam.

amieieda : LGE lu cakap tak serupa bikin!!!!

tadi teman jumpa blog KAK MIDAH Sg Rapat...YB dah lama teman tunggu blog YB. Selamat Datang ke dunia CYBER... ramai yang akan membantu YB insyallah!

http://hamidahosman.blogspot.com

Tuesday, June 2, 2009

bila seorang ibu setuju gelaran MINAH untuk gelar "ibu orang lain"

Komen dibuat oleh seorang muslimah hamPAS. Seorang ibu, seorang Dr dan seorang blogger. Hairan, terkadang tuh bukan main marah lagi sang Dr apabila maruah wanita dipermainkan, yer la yang "kena rakam" tuh sahabat perjuangan politik...lebih2 lagi wanita tersebut talah "menebus" DOSA mengadap TUAN GURU MAHA AGUNG!!! HUH!!

Dengan mengambil alasan bahawa ibu tersebut sendiri suka GELARAN tersebut, maka sewenang-wenangnya sang Dr seperti meng "IYA" kan kenyataan yang dibuat oleh RAKAN SEKUTU Dr dari Gombak... Tak terfikirke olah sang Dr bahawa si ibu tadi punya anak, punya keluarga, punya ibu dan ayah....tak terguriskah tiap hati dan perasaan mereka2 tadi?

wallahualam....aku tak pasti apa perjuangan sang Dr tersebut....

Benarkah Dr LO LO PERIHATIN!!!!

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...