Friday, November 30, 2007

sekolah mana lebih maju?

Tersebutlah suatu kisah hikayat...3 bekas pelajar sekolah MCKK, STAR Ipoh dan SYS Batu Gajah. Mereka berbincang tentang sekolah masing2 sehingga mencetuskan perbalahan sekolah siapa lebih hebat....
maka pelajar MCKK menyatakan bahawa MCKK telah ada Cooper Cable sejak tahun 50an lagi dan mereka mendahului sekolah2 lain di malaysia dalam teknologi komunikasi, pelajar STAR pula menyatakan STAR mula menggunakan fiber optic pada pertengahan 70an. Mereka berdua bermegah2 dengan teknologi masing2 tetapi dengan selamba pelajar dari SYS Batu Gajah menyatakan bahawa teknologi "wireless" telah digunakan semasa sekolah itu siap dibina pada tahun 1907.
SEKARANG SEKOLAH MANA LEBIH HEBAT?

Wednesday, November 21, 2007

dah masuk musim kawin

Minggu lepas balik Kulim, sepupu orang rumah aku kawin.... letih tu kena drive terengganu-kulim pehtu balik lak penang rumah bapa mertuaku... tema kawin warna maroon, nice colour....oklah pengantin nampak segak dan cun... warnapun sedikit garang dan ranggi....Nampak la gembira the whole family...teringat plak hampir setahun lalu.


kalau tadi pengantin baru yang nih pengantin veteran...tukang kipas pulak separa baru....majlis dah habis mulalah yang lain sibuk nak naik pelamin....termasukla aku ngan adiekda..... lepas tuh rasa sakit seluruh badan...pinggang rasa nak putus...kepala rasa 6 tan besi ada duduk....kaki dah rasa nak tercabut kalau ada nat-nat mesti dah nak tercabut nat-nat tuh.....masa mandi malam tuh rasa nak menjerit...best gila dapat mandi......apapun itulah suka duka majlis perkahwinan....best ooo jadi raja sehari.... SELAMAT PENGANTIN BARU NAZI DAN IZAN

Tuesday, November 20, 2007

Princess Sarah

adik bongsu kitaorang....Muyassarah Ilyana Mustafa. Orang rumah dok panggil "comey". Gambar diambil semasa majlis khatam quran sempena majlis kawin aku last year.

Sekarang nih dah pun berumur 9 tahun. "Moya" lahir pada 2.9.1998. Adiok yang sorang nih la paling banyak menghabiskan duit aku. Kalau dia ada, expenses rm10 boleh menjangkau rm20. Tiap kali raya dia la paling untung.....baju dapat,kasut dapat,duit raya dapat...tahun nih sahaja duit raya dia mencecah rm200++. Tak pernah dalam sejarah duit raya aku dapat macam tuh.


Bawah sarah ada "sekor" lagi adik yang berbulu....nama dia Mat Mikey...bebaru nih sakit teruk. luka-luka badan dan kaki tempang...maklumlaa...kucing rumah kena buli je dengan kucing jalanan...dengar citer mikey masuk spital....kata mama mikey nangis masa kena injection.
SIAN MIKEY Mikey memohon maaf pada ayah dan mama pada Hari Raya 2007 di Ipoh baru-baru ini

Tuesday, November 13, 2007

now...everybody can fly

aku ada satu hobi baru kat terengganu nih....melepak kat airport!! biasanya kami gi waktu pagi atau malam...hari jumaat or sabtu... memang ramai mak-ayah bawa anak2 tengok kapal terbang.. tah la tak tau kenapa memang aku seronok...maybe dulu penah rasa nak jadi pilot tapi form one dah pakai spek...aper citer.kalau fireflyz maknanya penumpangnya dari penang...kapasiti tak ramai..tak sampai 50 orang kot sebab kapalterbang yang dipakai jenis fokker..bising gile!! tapi tak penah naik lagi sebab belum ada peluang..

video



kalau nak ke KL bleh la naik airasia or mas, selalu aku tngok kalau landing airasia better lagi then mas...tapi mungkin jugak tak...sebab aku baru tengok mas landing sekali jer... yang best kalau naik flight ke terngganu sbb landing dari laut...kalau duduk kat tepi pantai, kapal terbang memang lalu atas kepala...cam leh jentik plak!!!

tahun depan mesti lagi banyak flight kat sini sebab next year dah jadi international airport... kalau bleh ada la plak flight ke ipoh dan dari ipoh...flight kecik2 tuh pun banyak.. pilot baru training situ...touch down naik balik...touch lagi naik lagi....

JOM GI AIRPORT

Saturday, November 10, 2007

masa lapang...

tak banyak akiviti masa lapang di terengganu..ye la tak macam di KL,Penang hatta Ipoh. Terengganu tak menjanjikan banyak hiburan cam tengok wayang, bowling (ada sebiji jer) ataupun arcade game.....huhu...
so kami 2 orang nih lebih banyak menghabiskan masa di atas kereta...puas duduk rumah aku nengok anje,anje nengok aku....maka lafaz perkataan "jom" pun secara otometik keluor!! tukor baju tukor seluor...gi lah jalan-jalan.. selalunya kami ke tepi laut, beli kepok leko singgit-dua lepak kat tepi pantai...best jugak la..
laut kat terengganu nih lain sikit...baru-baru nih ombaknyer lain macam sungguh...tapi satu yang best masa beli ikan konfom fresh...beli direct dari nelayan pun bleh tapi nak cakap terengganu pun tak bleh so...beli jer la ngan peraih tepi laut tuh.






SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...