Sunday, May 30, 2010

MIC dan Pecat!!

Setiausaha Agong MIC S. Murugessan dipecat dan digantikan dengan Ketua MIC N9 T.Rajagopalu... bagi nasihat pun kena...peh...MIC dan PECAT ibarat KERETAPI dan FILEM TAMIL..DAH JADI KEMESTIAN!!!

next!!!

Wednesday, May 26, 2010

ISU KTM@Singapura...mari berfikir

Kupasan ini saya dapatkan drpd blogspot sahabat....MEDIACYBER...selamat membaca

Di waktu ini kita sibuk bercerita mengenai pemberian tanah KTM kepada Singapork sedangkan ada yang buat-buat pandai dalam hal ini. Dalam hal ini, kita harus jelas dan faham bahawa:

Kerajaan kita pun bukannya bodoh sangat nak 'serah' tanah buta-buta kepada Singapura. Kita majukan tanah itu bersama Singapura dan kita memegang kepentingan 60 % dalam projek pembangunan tanah tersebut. Kita masih majoriti lagi.

Singapura, sebuah negara yang kecil dan tanahnya terhad. Pembangunan semakin hari semakin pesat, rakyat semakin bertambah . Sudah tentu mereka menghadapi masalah bagi menyediakan segala kemudahan untuk rakyat dan pelabur.

Oleh kerana tanah dan landasan keretapi KTM, Singapura telah terpecah dua sepanjang lebih kurang 30 km dari Woodlands hingga ke Tg Pagar. Ianya terhalang dengan landasan keretapi di tengah-tengah. Ini telah menghalang pembangunan mereka. Sudahlah tempatnya kecil, kemudian ada halangan pula, sudah tentulah mereka menghadapi kesukaran.

Tanah keretapi, bila berada disitu ianya sekadar menjadi laluan keretapi sahajalah sampai bila-bila pun. Bukan boleh mendatangkan hasil lain lagi. Setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Kemudian setiap tahun kita bayar cukai tanah kepada kerajaan Singapura.


Manusia yang ada akal fikiran kenalah berfikir sikit, kena pandai cari jalan nak cari duit dan kembangkan ekonomi negara. Bukan setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Jika tanah itu boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan, mengapa kita perlu pertahankan hasil yang ciput. Kerana sejarah ? Kalau kerana sejarah maka tidak perlulah kita naik pesawat untuk pergi ke Mekah, naiklah kapal laut.

Dalam isu ini kita tidak rugi apa-apa pun, hanya rugi sejarah sahaja. Memang benar sejarah tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tetapi kita kena juga lihat situasi. 

Tidak timbul isu tanah kita tergadai kepada Singapura seperti dicanangkan oleh pak-khatan rakyat. Tidak tergadai pun, malah harta kita makin bertambah di Singapura apabila projek itu siap kelak kerana kepintaran PM kita. Itulah yang membuatkan pembangkang dengki, lalu mereka putar belit cerita kononnya tergadai untuk membakar sentimen rakyat agar bencikan PM.

Alang-alang bercakap bab gadai menggadai, biarlah saya sambung sikit kisah ini:

Pada tahun 1964, kerajaan pimpinan Pas di Kelantan telah menggadaikan beratus ribu hektar kawasan balak di Kelantan kepada sebuah syarikat Singapura.

Kemudian apabila BN mengambil alih Kelantan, maka pada tahun 1975 Kerajaan BN telah membatalkan konsesi tersebut demi maruah kerana tidak sanggup melihat syarikat asing mengaut hasil balak Kelantan yang begitu besar.

Tidak berpuashati dengan pembatalan konsesi itu maka syarikat tersebut telah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Kelantan.

Kemudian pada tahun 1990 Pas ambil alih balik Kelantan daripada BN. Perbicaraan kes tersebut belum selesai. Sebelum berakhirnya tahun 2009, kes diputuskan dan mahkamah mengarahkan Kerajaan Kelantan membayar RM 800 juta kepada syarikat terbabit.

Allah maha besar, 45 tahun makan masa daripada mula syarikat berkenaan dapat konsesi semasa Pas memerintah kemudian BN perintah, masuk balik Pas perintah dan mahkamah memutuskan untuk Kerajaan Kelantan bayar 800 juta di zaman Pas perintah. Ini bermakna Pas kena cuci balik najis yang dia buat 45 tahun lepas.

Kesimpulannya, dalam bab gadai menggadai ini PAS lebih 'advance' daripada BN. 45 tahun dulu lagi mereka sudah pandai gadai menggadai harta negara. Sekarang mereka nak tunjuk hero kononnya merekalah juara dalam mempertahankan harta negara baik dalam isu blok L dan blok M atau dalam isu tanah di Singapura.

Kalau Pas perintah negara ini jangan kata blok L atau M, dari blok A1 sampai Z10 pun mereka gadaikan. Pas akan gadai apa sahaja yang boleh mendatangkan duit kepada mereka hatta rambut halus isteri mereka sekalipun. Jika isteri pun mereka boleh jadikan taruhan melalui taklik untuk kepentingan politik mereka, tidak mungkin rambut halus isteri , mereka tidak akan gadaikan jika ianya berharga.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin melontarkan soalan dibawah ini sebagai penutup.

Siapakah dulu yang pernah melaungkan akan menggadaikan Putrajaya kepada Sultan Brunei jika Barisan Alternatif memerintah negara ini ? - RBF

Thursday, May 20, 2010

Dr Porn - BERSIDANG SECARA MAYA

Wah...menarik, sesuai dengan teknologi informasi. 
Kini dunia sudah tak punya sempadan...benar2 tanpa sempadan. 
Kagum, teknologi di aplikasikan secara bijak (ker takut) , usaha menegakkan kebenaran (menegakkan benang yg basah?) dan Keadilan (kebatilan) oleh kerajaan selangor wajar di puji (BOOOooooOOOOOOOooooo...BoooOOOOOooOOOO).

  1. ini sebenarnya usaha terdesak, yang salah nak diperbetulkan juga..yang bodoh nak menunjuk pandai... bodoh tak reti diajar.
  2. secara tak langsung ia memberikan kesan negatif tentang negara... peristiwa ini seakan bukti bahawasanya porntip benar2 di ugut dan takut utk ke MALAYSIA.
  3. keadaan ini juga akan menimbulkan syakwasangka bahawa di MALAYSIA, keselamatan anda tidak terjamin.. WALHAL di Bangkok telah wujud zon tembakan peluru hidup.
  4. TAHNIAH KERAJAAN SELANGOR ATAS USAHA ANDA MEMBURUKKAN NEGARA SENDIRI

Wednesday, May 19, 2010

Ketuanan Melayu!!!

Ketuanan Melayu hanyalah pernyataan yang direka2 dan ditokok tambah untuk menjurangkan kepercayaan antara kaum yang telah lama bertamu di bumi MALAYSIA. Ketuanan Melayu di olah dengan amat jahat kononya bangsa melayu melayan bangsa lain dan peribumi asal sebagai bangsa kelas ke 2. Ketuanan melayu di ibaratkan sebagai hubungan antara seorang tuan dan hamba, dicanangkan juga bahawasanya kaum selain melayu rajin bekerja semata-mata untuk kekayaan umat melayu.

Begitu jijik sekali makna disebalik ungkapan "ketuanan melayu". Melayu bangsa yang disemai dengan kesopanan. Bangsa melayu akan merasa malu andai di "angkat" sebegitu tinggi akan gelaran yang diberi. Bangsa melayu seringkali menolak untuk di"lambung-lambung" dengan gelaran dan kedudukan yang tinggi. Kebiasaanya orang melayu yang berhemah tinggi lebih selesa andai dirinya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang lain. Namun saya akan bersetuju bahawa tidak semua melayu sopan dan santun sebagai mana yang saya katakan...kerana melayu juga seorang manusia.

Namun sejauh manakah kebenaranya melayu menjadi tuan di bumi sendiri? Bumi yang dahulunya bergelar TANAH MELAYU telah bertukar nama kepada MALAYsia. Melayu tidak membantah dan demi kesepakatan antara kaum (psssttt kaum pendatang) pertukaran itu tidak dibantah (adakah ini racist?). Sudah tentu tidak RACIST..manakan tidak perkataan MALAYsia jelas menunjukkan kata akarnya ialah MALAY iaitu bangsa asal di tanah melayu. 

Namun kekayaan bumi ini yang dahulu dikenali sebagai TANAH MELAYU dikongsi secara TIDAK ADIL dengan bangsa-bangsa yang lain. Bangsa melayu dan juga bumiputra seringkali berada di kelas pertengahan dan sebahagian lagi berada dikelas bawahan dalam susun atur kekayaan kaum di MALAYsia. Ini sangat tidak adil kerana TUAN tidak berada dikelas atasan sebaliknya mereka yang berada di kelas atasan adalah kaum CINA yang asalnya berdagang ke sini. 

TUAN di malaysia tidak tinggal di BUNGALOW mewah, VILLA2 cantik  ataupun di ladang2 besar. TUAN di MALAYsia mudah didapati di kawasan kampung2 dan pinggir kota. Benar ada juga MELAYU yang mampu membeli rumah di tengah kota tetapi mereka hanya sebilangan peratusan melayu kaya yang sebesar hama jumlahnya. Mereka ini berstatus TUAN kerana perjuangan sebuah parti keramat suara melayu yang menentang penjajah sejak zaman sebelum MERDEKA.

TUAN melayu di MALAYsia tidak boleh bercakap apa jua perkara berkenaan perjuangan dan hak-kak bangsanya. TUAN melayu hanya perlu berdiam diri apabila bangsa  lain meminta-minta, menegur bererti TUAN melayu itu mengamalkan dasar PERKAUMAN. dasar ini hanya  di labelkan kepada TUAN berbangsa melayu sebaliknya bangsa lain terutamanya BEKAS PENDATANG DARIPADA TANAH BESAR CINA bebas menuntut apa yang sebenarnya bukan hak mereka sepenuhnya.

Kini kedudukan TUAN tidak berada ditempat selayaknya, sebagaimana lazimnya. Dalam sesetengah keadaan TUAN MELAYU di MALAYsia di pandang lebih rendah oleh BANGSA yang suatu masa lalu bercita-cita menjadikan TANAH MELAYU sebagai sarang komunis. Kasihan nasib TUAN di TANAH MELAYU...

TUAN melayu itu tak punya apa...masih bertatih dan masih "tiada apa-apa" jika dibandingkan dengan bangsa KULI (saya nyatakan CINA). Namun secara halus bumi bertuah lagi berdaulat yang suatu masa lalu milik bangsa MELAYU secara perlahan sedang bergerak menuju kepada KETUANAN CINA. sebagaimana nasib TEMASIK yang kemudiannya dikenali SINGAPURA dan di rebranding dengan nama SINGAPORE!!

Mungkinkah ini akan terjadi? JAWAPAN HAMBA TIDAK..TIDAK SAMA SEKALI. Hamba memegang pesan DATO LAKSAMANA HANG TUAH...takkan MELAYU hilang di dunia. INSYAALLAH. Patah sayap bertongkat PARUH..andai darah jadi galang ganti..hamba tidak lagi peduli demi AGAMA BANGSA dan TANAHAIR

Tuesday, May 18, 2010

cerita CINA khianat MELAYU - disebalik Pasar Gunung Rapat IPOH.

  1. Menurut cerita yang teman dengor, Gunung Rapat Ipoh merupakan perkampungan Baru Cina yang disediakan oleh kerajaan dalam memerangi rangkaian pengganas komunis. Rata2 mereka yang ditempatkan disini samada diganggu gugat oleh pengganas ataupun mereka yang disyaki punya pertalian dengan pengganas. Jadi sebagai cara untuk mengasingkan mereka daripada rankgaian pengganas maka perkampungan baru seperti ini ditubuhkan.
  2. Gunung Rapat (kg cina) di kelilingi oleh kg2 dan pertempatan melayu..Sungai Rokam, Rapat Setia, Sg Rapat, Binaria.....namun begitu dalam lokus tersebut...cina masih menjuarai sektor perniagaan.. ibarat kata "kalau musim raya cina...jenuh takder lauk nak dimasak la di kawasan sekitar"
  3. Jalan Besar Gunung Rapat...deretan kedai gagah berdiri ditepi2 jalan. Teman membesar di Jalan Besar Gunung Rapat...apa yang hebatnya di jalan ini....sekiranya anda melalui jalan besar Gunung Rapat anda akan dapati susunan kedai kedai cina dan rumah 2 cina di sepanjang jalan sehinggalah ke hujung jalan...rumah yg dimiliki oleh melayu disepanjang jalan tersebut...SAYA YAKIN TIDAK MELEBIHI 15 Buah...salah sebuah ialah milik ayah teman!!! kedai melayu...hanya ada 2 biji...milik jiran teman iaitu sebuah kedai komputer dan sebuah lagi kedai emas yang telah beberapa kali di masuki pencuri walaupun jarak dengan balai polis hanya 50meter!! kedai india adalah dalam 10 biji yang separuh darinya ialah kedai gunting rambut dan penjual surat khabar.
nih cerita nak mula.....baru-baru ini ada cadangan bahawa pasar basah gunung rapat akan diperbaharui, maknanya pasar lama diroboh dan dibina pasar baru 2 tingkat yang lebih bersih..memang pasar gunung rapat sangat kotor!!!!

Namun usaha tersebut tidak mendapat sokongan kebanyakan peniaga pasar tersebut, atas beberapa perkara yang amat MEMALUKAN yang masih berlaku setelah 52 tahun MERDEKA. Berubah daripada Toleransi kepada Penerimaan hanya sekadar seruan suara tanpa tindakan dan sokongan majoriti peniaga CINA di sini.

Knapa ini yang saya bangkitkan? kerana telah berlaku satu peristiwa Datuk Bandar di herdik dan dihalau oleh peniaga2 cina yang memonopoli pasar tersebut!!! di ceritakan kepada saya bahawasanya kejadian tersebut mengakibatkan menitis air mata datuk bandar IPOH seorang melayu MUSLIM...

Rupa-rupanya, sifat chauvinist dan racist yang kuat menyebabkan cadangan sebaik itu ditolak mentah2.

  1. Pembinaan pasar ini akan menambahkan lagi bilangan meja peniaga di pasar ini...Menyebabkan peniaga cina berasa terancam akan ada peniaga lain dibenarkan berniaga di pasar tersebut.. Amat menyedihkan kerana mereka tidak mahu peniaga melayu ditambah lagi kerana para peniaga mendakwa ITU PASAR CINA!!!
  2. Pembinaan Surau di tingkat 2 seperti memberi isyarat bahawa PASAR CINA ini akan di MELAYUKAN... sedih! mengapa kolot sekali pemikiran CINA2 Peniaga Pasar Gunung Rapat...tolong fikir sama bahawa peniaga dan pengunjung agama ISLAM perlu menunaikan tanggung jawap kepada agama.
  3. Mereka mendakwa pembinaan ini juga akan menyebabkan peniaga luar boleh masuk dan akan merampas bisness mereka...TERUTAMANYA kehadiran peniaga2 ISLAM dan MELAYU kerana tuntutan HALALAN TOYYIBAN!!! Dimana sensitiviti mereka....LEBIH menyedihkan apabila ada JUARA PAS beraksi membela mereka...BUTA KAYU AGAKNYA....
  4. LIHATLAH DUNIA, DIMANA LETAKKANYA PENGORBANAN UMAT MELAYU KEPADA BANGSA2 PENDATANG SEHINGGA MELAYU DILIHAT HAMBA DI BUMI SENDIRI....MADU YANG DIBERI TUBA BUAT BALASAN...SEDIH!!!

Sunday, May 16, 2010

Roket Berlabuh di perlabuhan SIBU

tahniah...roket meluncur tinggi lagi.

  1. dah terang dan tak perlu disuluh!!! tangan yang menyuap, tangan yg sama lah yang digigit...mereka tak perlukan lagi WANG...mereka dah punya WANG...malah lebih KAYA daripada tangan yang memberi...layakkah mereka yang kaya DIBANTU dan yang MISKIN di tolak ketepi.
  2. BERUBAHLAH kerajaan BN, ternyata kaum bermata sepet telah menidakkan perkonsian kuasa yang selama ini dikongsi bersama.. Benar melayu memegang tampuk KUASA tetapi pernahkah kaum lain teraniaya?? Ternyata mereka tidak dapat MENERIMA lagi calculation perkonsian kuasa...mereka semakin tamak...
  3. CINA semenanjung atau CINA di BORNEO adalah sama sahaja.MEREKA yang sebenarnya mengamalkan PERKAUMAN...mereka sayang akan bangsa mereka...MEREKA berjaya buktikan bahawasanya perpaduan bangsa akan MENGANGKAT bangsa itu sendiri!!!
  4. Adakah akan ada lagi BANGSA MALAYSIA tanpa mengira kaum,warna kulit atau agama? kalau ada kenapa DAP hanya himpunkan "tentera CINA" pada malam sebelum mengundi...SERUAN perang yang menyentuh tentang emosi perkauman dan sensitiviti keagamaan....
  5. AGAMA ISLAM kini dilihat MENIDAKKAN agama lain!!! benarkah tiada kebebasan beragama??? KRISTIAN dilihat dianiaya oleh kerajaan yang mengangkat ISLAM sebagai agama PERSEKUTUAN... terima kasih DR MARIAH, DS NIZAR dan KHALID SAMAD...dakwah anda berjaya di SIBU..
ROKET kini berlabuh di perlabuhan SIBU

Friday, May 14, 2010

COMBO...ini jer yang teman mampu coretkan


  1. Kuasa Allah, seorang kanak2 warga Belanda selamat daripada nahas pesawat LIBYA yang terhempas di tripoli...berpantang maut sebelum ajal..teman cukup susah hati bila ada kes nahas kapl terobang...kalau tengok astro, flight crash, selalu seram sejuk jer badan...heheh...MAKLUMLAH GAYAT!!! apapun takziah buat keluarga yang kehilangan keluarganya akibat nahas.

  2. Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar enggan mohon maaf. Teman setuju sepenuhnya tentang kenyataan beliau untuk tidak memohon maaf...alasan beliau cukup kuat bahawasanya pegawainya menjalankan tugas dan kes masih dibicarakan di mahkamah. Kalaulah arwah tak keluar rumah malam tuh....mungkin tak jadi benda nih..apapun ajalnya telah sampai dan dijemput ALLAH.....percayalah ALLAH lebih mengetahui dan lebih sayangkan ARWAH.

  3. ISA BUKAN UTK TAHANAN POLITIK SAHAJA. "Kedua-dua penganas yang mati ditembak mati pernah ditahan dibawah akta ISA di malaysia sekitar 2003-05 - JAKARTA"

  4. Lebih Ramai akan keluar PKR - umpama sedang gali lubang kuburnya sendiri itu kata zul4kulim tentang petaka yang sedang menghantui PKR. Katanya lagi 3,4 orang lagi ADUN dan MP sedang menunggu masa untuk keluar parti...kata teman, mereka bukan melompat!! mereka keluar kerana ketidak percayaan yang makin menebal dalam diri.

  5. ANWAR IBRAHIM....muka 9 utusan malaysia 6 daripada 8 berita adalah berita berkenaan ANWAR... famous bro!!! MOKHTAR!! KY JELLY!! CIFUT!! dan kini ANWAL ALJUB wal JUNUB...pakcik KARPAL punya kerja la nih. ohhh KARPAL hampir dikenakan perintah menghina mahkamah!!!

  6. MALAYSIA KE SEPARUH AKHIR... semalam masa sebelum game bermula teman rasa seram sejuk je..macam tak confident jer leh makan DENMARK..terutama bila choon han kalah...alhamdulillah ANGGOTA POLIS JUGA WIRA MALAYSIA (masih anggota polis ke?) TERIMA KASIH HAFIZ HASHIM!!! tadi di ASTRO ada tunjuk MALAYSIA BADMINTON MOMENT ker apa tah...last thomas cup di Indon... kita kalah dengan CHINA 3-2 tapi masa tuh Farizuan-Zakry adalah hero malaysia masa buat comeback 2-2...Kalau la LinDan Haup!!! 1st double China TUMPOR!!! ADA CHANCE!!! mana tau choon han plak jadi hero!!

  7. hmmm....tadi gi carik tiket s/f thomas cup di bukit jalil...cheh!!! yang tinggal tiket golden package rm735...alamak tuh budget susu anak setengah tahun...kalau 2ratus berani lagi korek!! so beli jer la baju jersey HARIMAU MALAYA RM45.00 jadi la buat pakai depan TV esok!! yang best nya kata brother jual baju...tiket s/final dgn final yang murah2 habis awal....nak tau KENAPA kata dia sebab ada yang buat BISNESS TIKET PASARAN HITAM... teman terpikir, sangat logic sbb CHINA ada kemungkinan ke Final, warga china pun ramai disini..INDON jangan kata la bersepah sepah!!! MALAYSIA KALAU MASUK FINAL mesti permintaan tiket tinggi...SO ADA LA USAHAWAN YANG BUAT BISNESS.. LAHABAU!!!!

Tuesday, May 11, 2010

Rangkuman..

Kata Karpal "saiful mesti mandi junub sebelum boleh melakukan solat."

Tanya mummy-rokiah "anwar atau saiful yang perlu mandi junub"

Kata teman "Kalau saiful kena mandi junub(mcmana yg karpal pikirkan) maknanya betul la anwar liwat saiful!!!

--------

Kata Anwar "Najib dan Rosmah bersepakat menfitnah kes liwat dia dan saiful"

Kata Gap "takkanlah najib dan rosmah boleh berkosnpirasi sampai ke tahap batang kemaluan anwar ibrahim itu boleh tegang , nafsu syahwatnya naik lalu anwar ibrahim memasukkan batang kemaluan anwar ibrahim ke dalam dubur saiful ?"

Kata teman "ANwar mesti bertaubat!!!"

-------

Kata DET "Kaum Iban tolak Pembangkang"

Kata Pisau "Kaum Melayu Jalan Datuk, Kg Hilir sokon Barisan Nasional"

Kata Khalid Samad "Kristian boleh guna kalimah ALLAH" lagi sekali dia ulang...tujuan dakwah atau politik?

kata teman...ajer gila khalid "salib" samad

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...