Monday, July 26, 2010

UMNO perlu menuukar dasar berkenaan ISLAM?

teman nak tanya sesuatu....minta tolong sesiapa jawap.

dimanakah? dalam mana-mana transkrip PAS yg menyatakan PAS nak melaksanakan NEGARA ISLAM?
ulang soalan...
dimanakah dalam transkrip2 PAS dalam memorundum ke dalam PERLEMBAGAAN sendiri ada menyatakan PAS nak melaksanakan Negara ISLAM?

ASTAGFIRULLAH!!!

Saturday, July 24, 2010

sudah terang lagi bersuluh

GEORGE TOWN, 24 Julai – Gerakan Pulau Pinang membantah cadangan Jabatan Perumahan Negeri untuk melarang pembinaan rumah kos rendah di kawasan pulau di negeri ini kerana ia akan memberi kesan buruk kepada golongan miskin yang tidak mampu memiliki kediaman sendiri.


Pengerusi Biro Latihan Politik Gerakan Wong Mun Hoe (gambar) berkata larangan itu juga akan menggalakkan wujudnya perkampungan setinggan di negeri ini kerana golongan kurang berkemampuan akan membina rumah di mana-mana kawasan terbuka.

Beliau turut mempersoalkan motif kerajaan negeri membuat cadangan itu sedangkan dalam masa sama melaungkan perjuangan untuk rakyat.“Kerajaan Negeri masih tidak sedar bahawa negeri ini masih ramai orang miskin, larangan itu akan memberi banyak masalah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wong mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak yang juga anggota jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri Sim Tze Tzin yang mencadangkan larangan pembinaan rumah kos rendah di kawasan pulau.

Larangan itu disebabkan oleh kebanyakan rumah pangsa berada dalam keadaan daif, kotor dan mencacatkan pemandangan kerana kepadatan penduduk di kawasan berkenaan. -Bernama

apa lagi nak dikatakan...itulah cara mereka menghalau orang melayu dan miskin keluar drpd PENANG..rakyat yg mcmana la yang depa mau?

Sunday, July 18, 2010

biaDAP...apabila mufti di cemuh, NGEH di AMPU

INI ADALAH TULISAN BERANI SEORANG CINA ISLAM ATAU BARU MEMELUK ISLAM MENGHENTAM SEORANG SS MUFTI...TUDUHAN DEMI TUDUHAN, PENJELASAN TANPA BUKTI (FITNAH) JADI MAINAN MAKHLUK YG BERNAMA IDHAM LIM...PHOTOCOPY BOY SIDANG DUN!

Harussani semakin bercelaru.


6 Syaaban 1431.

Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Nampaknya dia semakin bercalaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar.

Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

Satu perkara yang mengejutkan bila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahatya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh belia dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya.

Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polimik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Sebelum ini Ust.Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

“Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul,” kata Ahmad Awang sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

“Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya,” katanya.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui – dalam perbualan telefon dengan Harussani – mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah “zalim” termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) – lebih kurang 10 minit itu – beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

“(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam,” katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

“Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

“Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat,” katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani “mati akal” untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur. Harussani sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan UMNO yang "sesat " itu.

Atau kalau dia berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Shafei Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat!!! Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafei.

Berani ? buatlah kalau engkau berani wahai Harussani.......

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:00 AM

Saturday, July 17, 2010

MOH KIRA subsidi

CALCULATION BY BLOGGER RBF.
Sebelum minyak, gula dan gas naik

Minyak kereta : RM 1.80 x 300 liter/bulan = RM 540.00
Gula : RM 1.65 sen x 3 kg/bulan = RM 4.95
Gas memasak : RM 24.50 x 2 tong (14 kg/tong) sebulan = RM 49.00

Selepas harga naik
Minyak kereta : RM 1.85 x 300 liter/bulan = RM 555.00 (meningkat RM 15.00)
Gula : RM 1.90 x 3 kg/bulan = RM 5.70 (meningkat RM 0.75)
Gas memasak : RM 25.90 x 2 tong = RM 51.80 (meningkat RM 2.80)

Kos peningkatan yang di alami oleh RBF ialah sebanyak RM 18.55 sebulan.

Rokok RBF : RM 9.30 x 30 bungkus sebulan = RM 279. 00 sebulan. Wow... banyak juga ya aku bakar duit setiap bulan. Selama ini tidak pernah kira dan tak perasan aku belanja banyak itu sebulan untuk rokok.

teman yang masih belum kaya nih memang terasa la kenaikannya sebab teman tak merokok...tapi kalau bleh potong pulak penggunaan gula pun tambah bagus...sebab kos kenaikan akan lebih berkurangan. cumanya kenaikan barangan daripada pekedai yang jadi masalah. so cadangan seterusnya makan di rumah je la yob!

Sunday, July 11, 2010

sahabat SUBAHAT

teman amik satu posting comment daripada blog sahabat teman

Konsep 1Malaysia cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin tercalar dan berlemungkinan robek apabila parti kedua terbesar dalam komponen BN - MCA mencadangkan penubuhan PERKASA versi Cina bagi menangani serangan perkauman NGO Melayu itu.


Naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, yang membuat cadangan itu juga membayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

"Komuniti Cina dan persatuan Cina seperti KLSCAH boleh memainkan peranan itu. MCA hanya boleh bertindak sehingga peringkat tertentu - ia sepatutnya NGO menentang pencabarnya,” kata Lim.

setau teman lah persatuan cina yg mcm PERKASA dah bersepah-sepah dah...nak bakor lagi hati orang melayu...BAKOR LA KAWAN....NANTI JANGAN MARAH KALAU ORANG MELAYU LAWAN

Saturday, July 10, 2010

"sahabat" ke? atau SUBAHAT!!!

sahabat harus saling bantu membantu, sahabat juga biasanya mengenang jasa...sahabat tak mampu lihat sahabatnya susah...mereka turut susah. namun kebelakangan ini mudah kita lihat sahabat yang SUBAHAT!

saya dapat info
DAP mendahului dengan 13,174, diikuti UMNO (7,591), PAS (4,344), dan PKR (2,281). MCA, MIC dan Gerakan mencatatkan bilangan yang cukup rendah. Gerakan, sebagai contoh, hanya mendaftarkan 75 pengundi baru sepanjang tempoh tersebut.


SAHABAT atau SUBAHAT....

benarkah dah ada yang kata
sahabat dah subahat dan dah bincang MELAYU MESTI DITENDANG di sebuah pulau yg amat SENTOSA...wallahualam. dengar pun melalui comment blogger di internet...kata orang jangan percaya 100% tapi curiga kena tetap ada.....

TAPI boss dah suruh SERANG

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...