Monday, January 5, 2009

gelaran....errr gelor

ini cerita ayah teman
Hj Mustafa Bin Hj Pandak Ahmad.

gelaran untuk ahli keluarga versi perak

yob/yeop/lop/lob - panggilan adik2 untuk abang yang sulung
yong/che yong - panggilan untuk kakak sulung/ isteri kepada yob

kata ayah panggilan "yob" ini adalah singkatan nama bagi KULOP/KULOB, nama yang biasa diberikan oleh orang2 melayu Perak dahulu kala kepada anak sulung mereka. Kata ayah lagi,mujor "tok" udah moden kalau tidak sudah pasti namanya KULOP MUSTAFA. dan kalau ayah teman masih mengekalkan budaya lama nama teman semestinya ialah KULOP MUZAIMI...huhu

nama ini juga adalah nama panggilan glamour untuk anak perak drpd teman2 rapat.

nyah - biasanya gelaran untuk anak kedua
che nyah - gelaran untuk pasangan nyah tidak kira lelaki mahupun wanita

sambung ayah lagi "nyah" berasas dari nama NGAH. Biasanya anak lelaki ke2 dalam susun atur keluarga Perak dinamakan NGAH ______. kalau namanya yatim maka dalam sorat beranak akan tertulis NGAH YATIM. hmmm nak contoh lagi? orang kaya larut NGAH IBRAHIM.

alang - panggilan untuk anak lelaki ke 3
yang - panggilan untuk anak perempuan ke 3/isteri alang

kalau komer belek buku daftar panggilan telepon yang lama lama (zon utara) kompom bersepah nama ALANG yang datangnya daripada silver state! kata ayah lagi moyang kome namanya ALANG SAAD....nama YANG yang famous di PERAK nih ialah YANG SELAMAH....

Ude - panggilan untuk anak lelaki yang tengah
che de- panggilan utk anak perempuan yang tengah/ isteri ude

yang nih memang dah di famouskan dalam PI MAI PI MAI TANG TU....lakonan zami ismail.. alif depan "uuu" dal diatas "da"...UDE. Ude plak asal namanya dari pada UDA ______.

Chu - panggilan untuk anak yang bongsu...
che Su - isteri pada CHU

Chu nih bleh jadi lelaki atau perempuan. kadang2 juga diguna pakai oleh anak lelaki yang bongsu dan sekiranya ada adik perempuan bongsu gelaran yang diguna pakai ialah che su/ ataupun SU sahaja.

ini hanyalah sebahagian nama yang ada dalam pengetahuan ayahanda teman, kepada yob/yong yang tahu lebih lagi berkenaan gelaran ini mohon panjangkan kepada teman kerana teman rasa ini perlu di simpan buat pengetauan bersama.

No comments:

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...