kalau di utara depa panggil PELECEH atau PELEKEH.... dan jikalau kita rujuk bahasa melayu standrad maksudnya "memperkecilkan" maybe pendapat, pekerjaan atau apasahaja yang dipandang LEKEH di mata!!!
tadi aku berpeluang berjumpa dengan seorang "blind CR" ataupun Kaunselor Berdaftar Buta. Setakat yang diketahui hanya ada 2 orang blind CR di Malaysia. En Hafiz berkhidmat di JKMM....seronok bersembang dengan kaunselor buta....rasa macam buta itu bukan kekurangan pada beliau!!!! tetapi orang yang normal sentiasa melihat yang mereka ini KURANG segala-galanya. sedikit sebanyak tiap fakta yang di lontar macam perli aku jugak...
hehhehe yer ler kata dia lagi, macamana pun tingginya keupayaan seseorang yang cacat mereka sentiasa diperlekeh dan untuk menjaga hati, mereka dipanggil Orang Kurang Upaya..tapi kata en hafiz OKU tuh hanya istilah orang yang normal untuk orang yang cacat...mereka nih tak rasa pun KURANG UPAYA...hmmm aku tak boleh lekehkan mereka, cuma budaya "ELLEH!!!!" kadang2 sukar dibuang...tapi tadi aku rasa sangat kerdil...hehhe walaupun badan aku besor.
sekarang aku tertanya tanya SIAPA YANG KURANG UPAYA???
1 comment:
Kita dakwah jangan menakutkan mereka.
Post a Comment