Monday, March 15, 2010

My Great "onyet" Ahmad "BOGOL" Talu

NOVELIS MELAYU MODEN PERTAMA Nama sebenar ialah Ahmad Bogol bin Haji Abdul Rashid bin Sheikh Abdul Majid. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan bersekolah hanya darjah tiga di sekolah Melayu Chowrasta, Lebuh Karnovan, Pulau Pinang. Semasa remaja beliau gemar merantau malah ke luar negeri seperti Singapura, Thailand dan Hong Kong. Beliau banyak bergaul dengan orang-orang intelektual, pengarang dan penerbit buku-buku Melayu di Acheen Street.

Disamping itu juga, beliau mudah mendapat buku-buku agama Indonesia, surat khabar dan majalah majalah
yang telah mendorong beliau untuk menulis buku-buku novel. Allahyarham telah menulis antara tahun 1920-an hingga 1930-an.

Beliau telah melahirkan enam buah novel dan tiga buah novelet. Novel sulungnya diterbitkan pada tahun 1927, iaitu Kawan Benar, diikuti dengan Iakah Salmah? (1929), 12 Kali Sengsara(1929), :Siapa Jahat? atau Datuk Cencano Perompak yang Termashor (1929), Rahmah Binti Abdullah atau Peti Rahsia (1933) - hanya satu penggal bercetak ) dan Perangkap Hitam atau Kelawar Pulau Pinang (1934). Tiga noveletnya ialah Silap atau Ciu yang Taat (1934), Sedih atau Riwayat Sekapur Sireh (1935), dan Dua Kali Selamat atau Selamah yang Beruntung (1935).

Kini beliau telah diiktiraf sebagai novelis Melayu Moden pertama kerana penulisannya banyak berasaskan budaya dan masyarakat Melayu. Tidak seperti penulis-penulis sebelum beliau yang banyak mengaitkan cerita-cerita Timur-Tengah atau mengalihkan ke dalam bahasa Melayu. Beliau berkahwin dengan sepupunya Puan Maimunah binti Ariffin dan ibunya Siti Rokiah binti Sheikh Abdul Majid. Kedua-dua mereka adalah cucu Sheikh Abdul Majid bin Abdullah bin Akasah bin Affandi dari Nagari Talu, Sumatera Barat. Mereka telah dianugerahkan seorang puteri bernama Pn. Hjh. Madinah dan bersuamikan Hj. Abdul Hadad bin Sutan Sharif bin Hj. Abdul Rahman bin Sheikh Abdul Majid.

Komuniti Rang Talu Malaysia

Mungkin boleh tambah perkataan BOGOL itu adalah membawa maksud takder GOL....menurut cerita nenek la sebab arwah onyet selalu main bola sebagai penjaga gol...dek kerana badan yg besar, susah utk team lawan dapat gol...so in chinese "bogol" = yillek gol...

sayang satu buku Onyet teman tak pernah baca

1 comment:

Anonymous said...

baik sungguh maklumat ini. boleh ditambah lagi tak. gambar ART boleh dapat lagi tak?

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...