Wednesday, May 26, 2010

ISU KTM@Singapura...mari berfikir

Kupasan ini saya dapatkan drpd blogspot sahabat....MEDIACYBER...selamat membaca

Di waktu ini kita sibuk bercerita mengenai pemberian tanah KTM kepada Singapork sedangkan ada yang buat-buat pandai dalam hal ini. Dalam hal ini, kita harus jelas dan faham bahawa:

Kerajaan kita pun bukannya bodoh sangat nak 'serah' tanah buta-buta kepada Singapura. Kita majukan tanah itu bersama Singapura dan kita memegang kepentingan 60 % dalam projek pembangunan tanah tersebut. Kita masih majoriti lagi.

Singapura, sebuah negara yang kecil dan tanahnya terhad. Pembangunan semakin hari semakin pesat, rakyat semakin bertambah . Sudah tentu mereka menghadapi masalah bagi menyediakan segala kemudahan untuk rakyat dan pelabur.

Oleh kerana tanah dan landasan keretapi KTM, Singapura telah terpecah dua sepanjang lebih kurang 30 km dari Woodlands hingga ke Tg Pagar. Ianya terhalang dengan landasan keretapi di tengah-tengah. Ini telah menghalang pembangunan mereka. Sudahlah tempatnya kecil, kemudian ada halangan pula, sudah tentulah mereka menghadapi kesukaran.

Tanah keretapi, bila berada disitu ianya sekadar menjadi laluan keretapi sahajalah sampai bila-bila pun. Bukan boleh mendatangkan hasil lain lagi. Setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Kemudian setiap tahun kita bayar cukai tanah kepada kerajaan Singapura.


Manusia yang ada akal fikiran kenalah berfikir sikit, kena pandai cari jalan nak cari duit dan kembangkan ekonomi negara. Bukan setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Jika tanah itu boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan, mengapa kita perlu pertahankan hasil yang ciput. Kerana sejarah ? Kalau kerana sejarah maka tidak perlulah kita naik pesawat untuk pergi ke Mekah, naiklah kapal laut.

Dalam isu ini kita tidak rugi apa-apa pun, hanya rugi sejarah sahaja. Memang benar sejarah tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tetapi kita kena juga lihat situasi. 

Tidak timbul isu tanah kita tergadai kepada Singapura seperti dicanangkan oleh pak-khatan rakyat. Tidak tergadai pun, malah harta kita makin bertambah di Singapura apabila projek itu siap kelak kerana kepintaran PM kita. Itulah yang membuatkan pembangkang dengki, lalu mereka putar belit cerita kononnya tergadai untuk membakar sentimen rakyat agar bencikan PM.

Alang-alang bercakap bab gadai menggadai, biarlah saya sambung sikit kisah ini:

Pada tahun 1964, kerajaan pimpinan Pas di Kelantan telah menggadaikan beratus ribu hektar kawasan balak di Kelantan kepada sebuah syarikat Singapura.

Kemudian apabila BN mengambil alih Kelantan, maka pada tahun 1975 Kerajaan BN telah membatalkan konsesi tersebut demi maruah kerana tidak sanggup melihat syarikat asing mengaut hasil balak Kelantan yang begitu besar.

Tidak berpuashati dengan pembatalan konsesi itu maka syarikat tersebut telah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Kelantan.

Kemudian pada tahun 1990 Pas ambil alih balik Kelantan daripada BN. Perbicaraan kes tersebut belum selesai. Sebelum berakhirnya tahun 2009, kes diputuskan dan mahkamah mengarahkan Kerajaan Kelantan membayar RM 800 juta kepada syarikat terbabit.

Allah maha besar, 45 tahun makan masa daripada mula syarikat berkenaan dapat konsesi semasa Pas memerintah kemudian BN perintah, masuk balik Pas perintah dan mahkamah memutuskan untuk Kerajaan Kelantan bayar 800 juta di zaman Pas perintah. Ini bermakna Pas kena cuci balik najis yang dia buat 45 tahun lepas.

Kesimpulannya, dalam bab gadai menggadai ini PAS lebih 'advance' daripada BN. 45 tahun dulu lagi mereka sudah pandai gadai menggadai harta negara. Sekarang mereka nak tunjuk hero kononnya merekalah juara dalam mempertahankan harta negara baik dalam isu blok L dan blok M atau dalam isu tanah di Singapura.

Kalau Pas perintah negara ini jangan kata blok L atau M, dari blok A1 sampai Z10 pun mereka gadaikan. Pas akan gadai apa sahaja yang boleh mendatangkan duit kepada mereka hatta rambut halus isteri mereka sekalipun. Jika isteri pun mereka boleh jadikan taruhan melalui taklik untuk kepentingan politik mereka, tidak mungkin rambut halus isteri , mereka tidak akan gadaikan jika ianya berharga.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin melontarkan soalan dibawah ini sebagai penutup.

Siapakah dulu yang pernah melaungkan akan menggadaikan Putrajaya kepada Sultan Brunei jika Barisan Alternatif memerintah negara ini ? - RBF

No comments:

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...