Thursday, August 26, 2010

PAS dah konar baring...tunggu terjerombab je ler

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad meminta supaya PAS memfokuskan kepada polisi-polisi umum Pakatan Rakyat dan bukannya kepada hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Menurut kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa media alternatif semalam, beliau berpendapat bahawa perkara yang disuarakan oleh pemimpin utama partinya seperti Mursyidul Am, Naib Presiden dan Ketua Pemuda bukan sebahagian daripada kerangka polisi umum (CPF) Pakatan Rakyat itu sendiri. Sambil menyifatkan PAS sebagai Parti Islam Demokratik dalam sebuah budaya politik campuran, beliau meminta semua parti komponen PR termasuk PAS sendiri bergerak diatas mandat yang diberikan oleh rakyat semata-mata dan tidak memaksa rakyat untuk menerima Islam.

Dzulkefly juga mendesak supaya semua komponen parti menghentikan pendebatan tersebut kerana ia dikhuatiri akan menggagalkan PR untuk menguasai kerajaan persekutuan. Sebelum itu, Mursyidul Am PAS meminta supaya Karpal Singh dan Lim Kit Siang memahami hukum hudud dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi alternatif kepada hukuman sivil pada hari ini dalam mengatasi masalah sosial seperti zina, rogol dan buang bayi.

Cadangan tersebut disambut oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau meminta supaya pihak non Muslim tidak perlu khuatir terhadap hukum hudud kerana ia hanya dilaksanakan kepada orang Islam sahaja. Pandangan beliau disokong oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi pula semalam meminta supaya PAS mempertimbangkan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam kerana ia satu tindakan yang sia-sia.

1 comment:

sasha2020 said...

pelik betul...Dr sorang ni...Nakkan kuasa, islam diperkecilkan...Dulu, dok kafirkan UMNO pun sebab benda ni jugak...sekarang nak letak benda ni bawah carpet dan tak perlu dihebohkan atau dibincangkan...

Kenapa masa dengan UMNO dulu tak buat macam ni???

Inilah mentaliti PAS..Nak kuasa, semuanya dikorbankan termasuklah ideologi politik mereka...

Makin lama, makin terserlah siapa PAS yg sebenarnya...Allah maha kaya dan berkuasa...

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...