Saturday, September 6, 2008

kad undangan kawen

bulan poser nih di samping menerima kad raya(last aku dapat 2-3 thaun sudah) yang dah nak makin pupus di telan teknologi sms terutamanya!!!! satu kad yang selalunya akan masuk peti surat ialah kad kawin...lepas raya siap je la duit nak meraikan kawan2 kawin...hehehe.. teringat plak masa kawin dulu!!!

aku cuma terpikir mampukah teknologi sms mengatasi kad kawin sebagaimana tercalarnya kredibiliti kad raya!!uhuhuhu. cuma bagi yang nak kawin toksah la membazir sesangat tapi jangan la berkira jua!!! percayalah masa mengkome berdua nanti bergaduh...tengok la gambaq masa kawin...hahaha...leh leleh air mata!!!cepat sikit proses berbaik semula. Insyaallah...

p/s tunggu kad kawin dari JENIANG...errr MELAKA bila?

Friday, August 29, 2008

beza antara MENIPU dgn TAK BERITAHU

Semalam hantar "bunga" ke palm garden IOI putrajaya...ada sessi percambahan pendapat katanya.. VC UMT turun mai jenguk anak2 buah. so dengan kesempatan yang ada aku p jumpa kengkawan2 lama (2 orang je pun)

sessi pertama menghayun bola...setelah hampir 2 tahun tak menghayun, jatuhan pin menjadi saksi nak lepas 100 pun sekerat mati...hahaha..tetapi dengan semangat olimpik yg masih membara frame ke2 AKU JUARA!!

Tapi itu bukan permasalahan utama... Hehehe,sorang kawan yang baru mula bercinta secara series membangkitkan tentang peri perlunya memberitahu setiap apa yg berlaku dlm hidupnya buat insan tersayang...huhuhu..aku dan alfie berkeras mengatakan bahawa tiap apa yg berlalu adalah hak individu dan bukan semua perlu si dia ketahui...BUKAN NAK TIPU CUMA TAK BAGITAU!!!

alfie memberitahu "dia" bahawa kini "dia" berada di zon selesa...zon OK dimana tiap apa permasalahan yang menimpa hubungan akan dapat diatasi tanpa ada apapa masalah. si "dia" sentiasa percaya bahawa ketelusan mampu melebur jeles wanita...maka tiap kali si "dia" keluar dgn rakan perempuan hatta adik angkatnya sekalipun maka insan tersayang akan diberitahu...

hahahha...tak perang lagi tak pa...baru kenal 2 bulan boleh la....namun si "dia" masih percaya ia bukan masalah utama...hehe...si "dia" membandingkan hubunganya kni dengan hubungan lamanya jua...MANA SAMA ETONG!!!! hehehe...tetapi memberikan pressure terus menerus pada si "dia" pun tak adil juga...jadi lebih molek kiranya biarlah si "dia" mendaki puncak bahagia sebagaimana mahunya jua...namun sebagai kawan, kami pasti membantu andai bilapun perlu.. tapi sekali sekala "scud" dan peluru berpandu pasti meluru!!! huhuhuh tunggguuuuuuu

Wednesday, August 27, 2008

Mangga "itu" juga pilihan mereka..

ok lah tuh...pilihan dah di buat, hanya si mangga yang grednya lebih hebat menjadi pilihan mereka. puak pemerintah pun terima!! tapi mesej rasanya jelas, takan mamak bendahara menteri sekarang nak buat senyap shj... heheh...daripada tukar dengan puak sana baik bagi kat puak sini...heheh

esok mangga yang bijak berkata akan melangkah ke arena...bleh kah tsunami terus melanda..kita tunggu kita lihat siapa kena? siapa merana? takkan terus nak lena?

buat pejuang pusaka bangsa...insyaallah ada cahaya dihujung terowong sana

Tuesday, August 26, 2008

Batas Mangga

"batas mangga" berputik lagi... 2 anak kelahiran "batas mangga" beradu tenaga sang penyokong masing-masing.. seorang muda mahu jadi wira turut sama berseloka. untuk apa mereka bercakaran dan berpencak, untuk hak bangsa dan meneraju batas mangga...

apa yg ada dgn batas mangga....BANYAK RUPANYA...batas mangga dalam 2 penggal memangkah yg lepas masih menjadi saksi kekuatan "sang anu ceruk tok kun" yang membayangi si isteri nye jijah tercinta..namun begitulah ceruk tok kun!!!! masih terperuk dibucu ceruk pembanggunan.

Maka hadir sang ariff cuba memecah ombak yang makin menggulung dan menggila hingga bahnya dijangka bergigi di putrajaya...aku berpendapat arus itu susah hendak diduga...aku rasa arus itu pasti menelan sang ariff seberang ber"jaya". Namun buat arif andai tak mampu menghalang jadilah andai mampu diempang...diempang supaya arus deras tadi terpesong.. bersama cita2 menjadi mamak bendahara...kuncu bintang yang bucunya 6 jua.

apapun keputusanya...tanah milik melayu@yang kini dikenali malaysia pasti berubah. melayu pasti dibadai dan diduga...melayu kaum yang baik hati...tapi cepat sakit hati...tak percaya tunggulah bila telur dihujung tanduk...dah nak memerut baru nak cabut rumput...kuasa di tangan digadai demi kehendak hati dan sifat tangan mahu mengangkat sumpah "aku kini bapak menteri"...sumpah yang itu jua yang betul!! sumpah itulah yang dinasihati oleh kawan2 sang anu perkasa!!!

mangga pasti berbuah lagi...namun gred nya belum tentu lagi...

Friday, August 22, 2008

Terharu-Biru

"untuk saya, saya akan main satu exhibition game...untuk saya main bagi charity kepada coach" kata Lee Chong Wei kepada pemberita semalam (berita TV3 bahagian sukan)

#nota "untuk saya" adalah ungkapan kegemaran LCW

ada pula yang kata LCW tak layak dapat imbuhan RM300K dan pencen RM3K dan juga anugerah dato'.

#woit kalau dah terer amik reket lawan ngan misbun dulu la kalau berani!!!

pada aku hubungan coach-athelete antara MS dan LCW adalah lebih kepada hubungan kekeluargaan dan perlu dijadikan budaya hidup masyarakat Malaysia...Tapi tanah ini tetap milik pada yang hak!!!!

Thursday, August 21, 2008

Dato' Lee Chong Wei

Tak tau kenapa aku memang respect pada cina nih...pada aku pengorbanan dia pada negara sangat tinggi, kalau tak sama pun hampir menyamai pengorbanan berdarah wira-wira negara. Dengan pingat perak yang dia dapat maka dapatlah dia rm300K dan pencen rm3K/sbln. pencen start bulan depan, kengkawan yg bekerja dengan gomen lagi 20 thn lebih baru merasa..

dengar cerita kerajaan negeri nak bagi dato' plak pada beliau...elok sangat la..tak kira la duduk sebelah kiri ke kanan ke dalam parlimen...pengorbanan wira negara perlu di sanjung... tapi jangan la nak bagi "separuh-separuh"

"awe" besikal pun tak harus dilupakan...kalau kita buat ujian fizikal, hanya basikal saja yang sama besar...bahagian peha, keting, lengan, dada dan segala-galanya "mat-salih" yang lebih...tapi kena ingat "badang" lakonan wahid satay pun kering sekeping....selamba je angkat batu,selamba je banting gajah!! tahniah Saudara Azizul Hasni.

olimpik dah mula sejuk lepas wakil2 negara dah mula suram....errr bila masa KEDAH masuk final Malaysia Cup lawan Selangor... "kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan"

Wednesday, August 13, 2008

Bungkus lagi...

apa la malang...huhu...olympic gold medal dream konon!!!!! huhu apa punya nasib...K3 n Tan bungkus...REXY pun leh bungkus beg la kot!!! aku tak dapat nengok depa main sbb ngajo.. cikgu tusyen gitulah!!!

sebelummaghrib tadi wong mew chew plak bungkus....tapi dramatik jugak la pembungkusan yang cuba dilakukan....AWIE panah pun bungkus jugak, WAN pun tah kemana...sok lusa Len-Cai panah tuh plak LENCUN!! kalau la dia leh upset kan korea!!! "kalau je bleh cakap"

Harap2 chong wei tak dibungkus juga...TALAK BEST LA ITU MACAM....hemmm tinggal budak2 beskal la nak harap lepas nih...

MALAYSIA BOLEH

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...