ini cerita dari kg aku....
penduduk kg yg diketahui dipengaruhi oleh anasir PAS telah memohon peruntukan kerajaan negeri bagi menaik taraf kemudahan di kg tersebut. setelah dibuat perincian budget, mereka memohon peruntukan sebanyak RM60K. Menyedari bahawa permohonan tersebut adalah satu keperluan dan meletakkan kalimah RAKYAT DIDAHULUKAN itu tepat pada tempatnya...maka kerajaan negeri telah bersetuju memberikan bantuan tetapi setelah dikaji hanya RM20K diperlukan untuk menyiapkan apa yg dituntut. Kerana kerajaan negeri hanya mengeluarkan peruntukan sebanyak RM20K dan jumlah itu mampu menanggung kos projek tersebut maka PUAK yg memohon berasa tidak berpuas hati...dan jalan mudah diambil dengan MENUDUH YB(exco) telah MEREMBAT RM40K.... itu teori mereka!!!
tetapi YB tadi punya kenyataan yang cukup bijak....kalau masalah tersebut dapat selesaikan masalah dengan budjet serendah RM20K dan hanya itulah peruntukan yg dikeluarkan kerajaan negeri maka siapa sebenarnya yang mahukan lebihan peruntukan tersebut???
tepuk dada tanyalah iman
2 comments:
Kawan X berapa nak fahamlah posying ni...
Ada ayat yang tergantung...atau kawan yang dah bertambah bingai?
sengaja kawan gantung2kan ayat tersebut sbb dengor cerita isu nih akan jadi isu debat lepas raya nnt. sbb tuh teman tak nyatakan tempat, nama yb dan kerajaan negeri mana...yang tahu tuh tahu la nnt... hehhehe
cerpenya begini,
1.kertas kerja orang kampung PAS
mohon budget RM60K
2.YB umno (exco) setuju bantu sbb keadaan mmg mendesak dan perlu dibantu.
3. meeting exco setuju nak bantu tapi selepas dikaji cadangan kertas kerja PAS RM60K tinggi sangat.
4.kajian - hanya RM20K kos projek.
geng PAS marah sbb hanya diluluskan 20K lalu menuduh YB tersebut songlap duit.
YB kata 20K saja yg dia dapat, mcmana nak songlap? YB tanya lagi sebenarnya sapa yg nak songlap
RM40K tu? sbb 20K shj dah cukup!
Post a Comment