artikel daripada seorang ustaz..
Tahukah anda, pada hari ini ramai umat Islam bercakap dalam keadaan dia melakukan solat, tetapi dia terus melakukan solat tanpa sedar bahawa dia sudah terbatal. Ya, ramai yang tidak sedar, tetapi tahukah anda sewaktu melakukan solat berjemaah ada jemaah yang sempat membaca tulisan pada baju T jemaah yang berdiri di hadapannya.
Benar, mereka membaca di dalam hati, dan keadaan itu tidak salah dan tidak membatalkan solat. Namun walaupun mereka membaca dalam hati, kita tidak tahu mungkin sesaat bergerak juga lidah untuk membacanya. Maka ketika itu sudah boleh membatalkan solat.
Saya sendiri ada pengalaman, pernah bersolat di belakang remaja yang memakai baju T bertulis kata-kata yang menarik. Ada juga yang tulisannya seperti buku sejarah dan tidak kurang juga yang menggunakan bahasa gila-gila. Ya, tanpa sedar kita terpanggil untuk membaca kata-kata itu.
Oleh sebab itulah ada ulama yang mengharamkan orang yang bersolat memakai baju T yang bertulis atau bergambar baik di hadapan mahupun belakang. Mungkin dengan pemakaian itu menyebabkan orang lain terbatal solat. Jadi, jangan pakai baju T seperti itu lagi demi menghormati ibadah solat.
Artikel : Ustaz Ahmad Baei Jaafar
baei.blogspot.com
baei.blogspot.com
dalam blog BERSIH sesangat MiloSuam melaporkan
seorang pemuda "dihalau" dari masjid kerana memakai baju "bersih"
maka ramailah penyokong PR memaki hamun "hamba allah" berjubah putih kerana dikatakan menghalang orang berjamaah...sedangkan mereka lupa bahawasanya GAMBAR TERSEBUT TAK PUNYA MATA DAN TELINGA BAHKAN HANYA SEKEPING GAMBAR BERSIFAT MAYA macamana mereka tahu pemuda itu dihalau....mungkin juga pak aji tadi menasihatkan pemuda itu menukar dahulu bajunya kerana pemakaian baju tersebut dalam ketika dan keadaan ini boleh menyebabkanpara jemaah lain hilang fokus dalam solat....atau mungkin pak aji itu juga merupakan penyokong bersih dan bertanya dimana pemuda itu membelinya...hehhehe (ni komen dalam MiloSuam) hahhahahha.....
elok la komer minta dulu komen haji hadi, bleh terima ke tuduhan ini dalam islam....bahan bukti bergambar macam nih balid ke pada Hj Hadi dan PASemboq? ye tak...ye tak?
No comments:
Post a Comment