Monday, February 16, 2009

mudahnye kan?

MUDAHNYA BANGSA KITA DIHERDIK

DITULIS OLEH TOK SELAMPIT
saya amik kat spu.blogspot atas rasa tak puas hati yang amat sangat kepada seorang pensyarah cabuk UKM, dengan pertanyaan macamanalah dia boleh dapat "Prof Dr." -amieiedaluv
ISNIN, 17 NOVEMBER 2008 11:53
SAYA cukup tertarik membaca tulisan Sdr Roslan Latif (Presiden Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA)) dalam ruangan Surat & E-Mel, Berita Harian, Sabtu 15 November 2008 bertajuk ‘Sifat pemurah Melayu tak dihargai’.

Harapan saya, semoga tulisan itu dibaca, dihayati dan difahami oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Dr. P. Ramasamy (selepas ini ditulis sebagai Rama), kerana dia sebagai TKM Pulau Pinang, nampaknya cukup bodoh, mengeluarkan kenyataan rasis mengenai perkauman khususnya Melayu dan Umno.

Mudah-mudahan, para Exco Pergerakan Pemuda Umno, turut membaca tulisan itu. Sengaja saya petik tulisan itu di sini, supaya ia boleh ditatapi semula, tersimpan sebagai khazanah bangsa Melayu, agar orang-orang Melayu yang semakin teruk diherdik orang-orang seperti Rama ini, sedar bahawa ‘kita ni terlalu pemurah’.

Kelmarin Timbalan Ketua Menteri 11 Pulau Pinang, Prof Dr. P. Ramasamy dilaporkan kecewa kerana tidak ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam.

Beliau memberi statistic sehingga 30 September lalu bahawa Melayu meliputi 82 peratus, 13 peratus India dan hanya lima peratus Cina.

Soalnya siapa yang sekat bukan Melayu bekerja dengan kerajaan?

Mungkinkah bukan Melayu tidak suka jawatan bergaji rendah?

Apabila polis, tentera, bomba membuka peluang pekerjaan baru, tidak Nampak orang Cina dan India memohon.

Lupakah Ramasamy selama lebih 150 tahun sejak datuk dia berhijrah dari Tamil Nadu, Andra Pradesh kaum India yang menguasai tenaga, telekom, pelabuhan, majlis tempatan dan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Orang Melayu ketika itu tidak merungut.

Malah, seawall 1816 lagi, kaum India dan Cina belajar di sekolah apabila Penang Free School dibuka. Anglo-Tamil School menumpang di Penang Free School.

Tahun yang sama sekolah Cina dibuka di Melaka. Sekolah Melayu pertama dibuka pada 1856, iaitu Sekolah Melayu Telok Air Tawar, Pulau Pinang dan Telok Belanga di Singapura, selepas 40 tahun bukan Melayu bersekolah.

Itupun sapai darjah lima sedangkan India dan Cina sampai Senior Cambridge sebelum melanjutkan pelajaran ke Raffles College, King Edward Medical College, Australia dan United Kingdom. Mereka pulang menjadi peguam, doctor, jurutera dan profesional lain.

Ketika itu kebanyakkan Melayu menjadi petani dan bekerja di kampong.

Baiknya orang Melayu, walau pun India hanya meliputi tujuh peratus penduduk negara ini, Ramasamy boleh jadi Timbalan Ketua Menteri. Malah, ketika pilihan raya 1955, Melayu 90 peratus daripada pengundi tetapi daripada 55 kerusi, 15 disedekah kepada bukan Melayu atas dasar tolak ansur.

Ramai yang dilantik Menteri dan Timbalan Menteri.Malah, sebahagian besar daripada 20 kerusi MCA, Gerakan, MIC menang di kawasan majoriti Melayu. Kalau Ramasamy ingat kembali ucapan Tun V T Sambanthan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 – “Tahun 1955, kita menang pilihan raya dengan majoriti besar. Dua tahun kemudian kita Merdeka di mana kita bincang kerakyatan dan perkara lain. Sekarang apa yang orang Melayu buat – memandangkan kita bercakap mengenai isu kaum – apa pemimpin Melayu buat? Mereka ada 88 peratus dari pengundi, tapi apa yang mereka buat dengan kerakyatan? Kalau kita perhatikan di Asia Timur, kaum saya, kaum India tidak diterima di Ceylon dan tidak diterima di Burma.

“Lihat abang saya, kaum Cina, tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan tempat lain.

“Apa bantuan yang mereka dapat dari segi kerakyatan di negara ini?

“Di Burma, mereka dihalau balik, di Ceylon kerakyatan mereka disekat. Kamu semua tahu, saya pun tahu.

“Di sini, kita dapati pemimpin Melayu berkata: “Kita akan menerima mereka sebagai saudara kita, kita akan berikan sepenuh peluang sebagai rakyat Tanah Melayu.

“Terbukti pada 1957, syarat bahasa dikecualikan di mana berpuluh-puluh ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warga Negara. Seperti apa yang saya katakana, saya begitu bertuah lahir di sini. Di mana lagi dapat dicari orang yang paling pemurah, berhemah tinggi dan bangsa yang beradab selain bangsa Melayu?

“Di mana lagi dapat kita cari layanan sebaik mungkin dari segi politik bagi kaum pendatang?

“Saya ingin bertanya kepada tuan dan puan. Ini adalah hakikat. Siapa lagi yang akan menjaga kesejahteraan kita. Kaum saya hanya 10 peratus, kaum minoriti. Tetapi saya berbangga berada di sini.”

Kalaulah Ramasamy, bekas pensyarah university menghayati ucapan Tun Sambanthan, tak mungkin dia sanggup menuduh Umno yang begitu berjasa mempertahankan hak kaum lain, tidak seperti sesetengah negara yang mereka menjadi kasta kelas dua, jauh sekali bermimpi menjadi menteri, bebas mengherdik orang Melayu, bebas menuduh mereka dipinggir dan kaum mereka ditindas walau pun dalam bidang tertentu seperti perubatan dan guaman di mana peratus mereka mengatasi pribumi.

Kenapa Ramasamy tidak melihat keadaan di firma swasta dan syarikat multi nasional?

Mengikut kajian Universityi Sains Malaysia (USM) pada 2002, hanya 14 peratus Melayu capai tahap pengurusan tertinggi 60 peratus di pengurusan terendah berbanding 73 peratus pada pengurusan tertinggi dan hanya 20 peratus dalam pengurusan terendah bagi kaum Cina.

Polar guna tenaga bumiputera dalam firma swasta pada 2005, hanya 20 peratus ketua pehgawai eksekutif bumiputera berbanding 80 peratus bukan bumiputera dan hanya 40 peratus pada peringkat pengurusan berbanding 52 peratus bukan bumiputera. Kalaulah Ramasamy tinjau ke bank seperti Hong Leong, Public Bank, OCBC, EON, Standard Chartered, HSBC berbanding peratus kakitangan pengurusan di CIMB, Maybank, RHB beliau dapat bandingkan siapa yang lebih pemurah.

Tak payahlah nak kira bangunan, pusat beli belah, kondominium, rumah mewah Melayu di Pulau Pinang, terlalu hiba untuk dibuat perbandingan.

Saya betul-betul berharap, ada lagi penulis dan pemikir yang dapat menulis artikel seperti ini untuk menyedarkan orang-orang India yang berfikiran seperti Ramasamy dan orang-orang Cina, yang berfikiran seperti Ong Tee Kiat dan orang-orang Melayu yang berfikiran seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Saya juga berharap agar Pemuda dan Puteri sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa pembangkang agar kita mendapatkan lebih maklumatb dari kita sendiri bercakaran sesama kita.Kerana senjata utama pada hari ini adalah ilmu.

1 comment:

Anonymous said...

salam...

Jgn lupa...

sila kira jumlah Masjid@Surau di kelilling kita...

kira pula la jumlah kuil Hindu, etc(kecil@besar)

yg mana mudah dikira, yg mana pula tak terkira byk nye?

..lu pikir la sendiri

p/s: bukan nk bermusuh sekadar renung & fikir sejenak

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...