Thursday, February 26, 2009

Cadangan MP Bkit Mertajam

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng menggesa kerajaan membenarkan penggunaan pelbagai bahasa termasuk Mandarin dalam urusan pentadbiran agensi kerajaan.

BERAPA KERAT SANGAT LA ORANG CINA KERJA DALAM GOVERNMENT...SELAMA NIH PUN KALAU ORANG CINA KE PEJABAT KERAJAAN KALAU DEMER JUMPA PUAK DEMER, ADER KER DEMER GUNA BAHASA MELAYU? PUAK INDIA PUN SAMA....GUNA BAHASA MELAYU KER BILA JUMPA GENG DEMER?

Beliau berkata, ini sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa dan sebab itu pelbagai bahasa harus dibenarkan bagi menepati maksud berkenaan.

SUSAH SANGAT KER NAK CAKAP BAHASA MELAYU YB? MALAYSIAN MALAYSIA NANTI NAK GUNA BAHASA APA?

''Kita boleh menggunakan pelbagai bahasa di papan tanda jalan, lapangan terbang dan dalam ujian memandu atau kursus-kursus yang dianjurkan seperti kursus penjaja dan pengasuh kanak-kanak.

HEHHEHE....MANA DIA PEJUANG BAHASA? TAKKAN NAK SENYAP JUGAK!

''Seperti dalam ujian yang ingin kita uji ialah ilmu, bukan nak uji bahasa. Kerana bahasa ini menjadi halangan bagi sesetengah golongan.

''Ini juga menyebabkan berlakunya kegiatan lesen terbang dan bayar wang untuk dapatkan lesen memandu," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Chong Eng yang juga Pengerusi Wanita DAP Kebangsaan mencadangkan kepada kerajaan supaya subjek Bahasa Mandarin diajar di sekolah kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memandangkan kepentingan bahasa tersebut sekarang.

YANG INI TEMAN SETUJU, SEBAB TEMAN TERINGIN NAK BACA SURAT KABOR CINER KER INDIA KER!

Kata beliau, jika tidak dapat menguasai sepenuhnya sekalipun bahasa tersebut, sekurang-kurangnya murid di negara ini dapat menguasai secara lisan bahasa Mandarin.

''Kalau tak dapat belajar tulis, boleh kuasai secara lisan yang boleh bantu mereka apabila hendak cari kerja.

''Jadi kita tak boleh hanya mementingkan bahasa ibunda kita sendiri. Adalah penting untuk memikirkan generasi baru. Lebih baik kita kuasai banyak bahasa, berbanding dengan menguasai satu bahasa sahaja," jelasnya.

Pada masa sama, Datuk Baharom Mohamed (BN-Sekijang) yang mencelah, membangkitkan tentang kesukaran untuk memahami apa yang diungkapkan Chong Eng itu.

''Saya melihat Bukit Mertajam bercakap tentang bahasa tetapi saya kadang-kadang daripada dulu tidak faham apa yang diucapkannya.

''Saya tak tahu sama ada kita boleh benarkan bahasa Malaysia pasar ke bahasa rojak. Kadang-kadang perkataan itu tidak jelas," katanya.

DIVERT DAN SALAHKAN ORANG PULAK....APA SALAHKAN ORANG LAIN

Menjawab celahan Baharom itu, Chong Eng menyalahkan sistem pendidikan negara yang menyebabkan beliau tidak menguasai dengan baik bahasa Malaysia seperti yang dibangkitkan wakil Sekijang itu.

''Kalau Sekijang tidak faham, itu bukan salah saya, kerana saya adalah produk sistem pendidikan Malaysia.

''Saya di sekolah rendah guna bahasa pengantar dalam Mandarin, apabila sekolah menengah guna bahasa Inggeris dan apabila ke universiti kita guna bahasa Malaysia," katanya.

PEGI KEDAI? PEGI SUPERMARKET...JALAN2 JUMPA RAKYAT TAKKAN GUNA BAHASA MANDARIN SAHAJA KOT...UMUR PUN UDAH LANJUT, UDAH TUA...UDAH LAMA HIDUP DI MALAYSIA (TANAH MELAYU) TAKKAN BAHASA MALAYSIA OPPPSS BAHASA MELAYU HANCOR LAGI YB....

inilah bukti bahawasanya MEREKA memang bersifat perkauman!!! dah dapat betis nak peha!!! dah bagi peha...hehheheh...tak sior teman!!!


3 comments:

Z-MAY said...

kita pakat-pakat stuju tukar bahasa cina jadi bahasa rasmi... amacam? kita kuburkan trus bahasa melayu... ok gak kan...? biar ramai melayu ternganga di bumi sendiri... camna la aghaknyer yer...?

Anonymous said...

Chong Eng seperti orang mabuk. Masih nak salahkan bahasa. Orang Cina yang masih tak tahu bahasa kebangsaan itu yang patut disalahkan. Kerana tidak pedulikan bahasanya sendiri sebagai warga negara.

Pemimpin kaum Cina patut mainkan peranan ini, misalnya buat kelas dewasa untuk pelajari bahasa kebangsaan. Bukannya menyalahkan itu ini seperti orang tak siuman.

amieiezam said...

z-may n albenomi

memang demer tak nak belajor bahasa kebangsaan...

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...