Tuesday, May 31, 2011

seorang pengetua CINA tanya student "ur parent pariah ka?"

Kita semua sedia maklum cara Kit Siang membakar api kebencian terhadap guru-guru Melayu hingga menjejaskan keharmornian sesama kaum di negara ini.Rakyat negara ini tidak tahu betapa hipokrit dan rasisnya Kit Siang, beliau mendiamkan diri apabila kes seorang pengetua, Ng Tong Koang mengeluarkan kenyataan rasis berbunyi “Your parents PARIAH ka?” pada Isnin, 28 Februari 2011 semasa perhimpunan sekolah.

Perkara itu benar-benar mengguris perasaan pelajar India. Ia berlaku di Pulau Pinang, sebuah negara sosialis DAP yang Ketua Menterinya adalah anak kepada Kit Siang sendiri iaitu Lim Guan Eng.Kesemua pemimpin DAP mendiamkan diri sehingga sekarang tiada ada seorang pun Ahli Dewan Undangan negeri atau Ahli Parlimen pembangkang membuka mulut untuk membantah tindakan pengetua terbabit.

Pemimpin DAP seperti Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok, Jeff Oii, Ng Wei Aik, Chong Eng, Karpal Singh, Gobind Singh, M Kulasegaran dan pemimpin Hindraf, P Uthayakumar, S Jayathas dan P Ramesh langsung tidak membuka mulut mengenai isu terbabit.Mengapa kesemua mereka membisu? Melainkan jika yang membuat kenyataan rasis itu adalah Melayu, sudah pasti mereka akan membuat bising, berdemonstrasi dan membuat bantahan hinggalah kepada sidang akhbar.

Tetapi memandangkan pengetua terbabit adalah seorang bangsa Cina, Kit Siang sudah pasti tidak akan sama sekali membuka mulut, jauh sekali Guan Eng atau mana-mana pemimpin DAP tidak akan sesekali membuat apa-apa tindakan.Inilah sikap dwi-standard pemimpin DAP dan pakatan pembangkang.

- Debat Rakyat Edisi 4

saya kopi dan pes daripada perak today....

Sunday, May 29, 2011

Awwwwwww KU!!! kena buang guna apa ekk?

timbalan dekan dan 6 pelajar KUIN di pecat....hanya kerana menyuarakan perasaan mereka dalam demo/protes.... hahahahhaha.... kalau la IPTA ikut cara KUIN@kerajaan negeri ni apa la kata orang PR.. hahahha Presiden PAS pun kena sound ngan MB....UPM/UKM/UITM berapa banyak mat2 and minah2 demo? tak kira la pro pakatan atau pro kerajaan....

kat KUIN ni pun satu masalah juga.....ada pulak klasifikasi ILMU SEKULAR vs ILMU AGAMA...tolonglah ILMU yang baik semuanya drpd ALLAH....ilmu sekular nih disalahlabelkan.....sebagai contoh bila kata kajian kesihatan tak betul sebab BUKAN KUASA ALLAH!!itu kesalahan yang sangat SILAP!!tolonglah woiii itu semua daripada allah tambah sahajalah dengan doa dan tawakkal!!!!

ada juga yang mempertikaikan anak2 sekarang lebih terarah ke MRSM dan SBP, ramai mak bapak yang takmau hantar anak2 ke sekolah agama...pandangan saya mudah, kalau semua nak jadi ustaz sapa nak jadi Dr...apa salahnya amik medic?bukanya dalam pengajian medic tak bleh belajar agama....malah dengan dipertontonkan kekuasaan allah secara LIVE depan mata saya yakin ramai yang makin sayangkan agama... ramai juga Dr saudara baru terbuka hati mengikat islam sebagai agama!!! huh

sekarang siapa lebih adil dan terbuka?

Dengor ni Dato Seri Najib...bior paham elok2

Kalau nak menang pilihanraya 13 kena ada team macam BARCELONA....semua mainkan peranan masing-masing!! mana ada penumpang..... kalau agak2 ada yang nak senang dan nak menang kat position orang lain, letak kat bench saja la...kita dah bagi macam2, daripada tak layak biasiswa dah dapat free 45%..... player PEmuda yang dulu anak menantu hantu pun toksah la bagi peluang lagi... menyusahkan DEFENDER jer....

Friday, May 27, 2011

surah at-taubah ayat 17 dan 18

[17]
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka. 
[18]
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. 

kan ke elok sekarang nih dah lama tak dengor cerita kapior laknat masuk masjid lagi...yang muslim pulak galak nak ke gereja tuh apa boleh buat, dah ada yang tegur tapi demer pandai2.. ate, lamtak ke demer la...

tapi bagi yang tak mahu orang kapior menggunakan masjid bagi tujuan politik mahupun mengambil kesempatan, maka kita sebagai muslim kena mengimarahkan rumah allah...aku tujukan nasihat ini khas buat diri aku sendiri....setakat solat jumaat, terawih selang seli kadang datang kadang tidak dan solat sunat raya betapa cokianya nilai islam aku.....semoga kita berada dalam golongan yang mendapat petunjuk!!!!

Thursday, May 26, 2011

siapakah hamba dan siapa pula tuan?

pernahkah MEREKA rasa menjadi hamba?


siapa senang? siapa lenang?
siapa susah? siapa payah?

wahai MUSLIMIN...marilah bersatu!!!

selepas menghina raja, 
mereka menghina agama, 
selepas agama mereka menghina rasullullah, 
selepas rasullullah mereka hina alquran kita.......

dari pandangan islam, zalim bagaimana pun raja pemerintah ia adalah rahmat yang diturunkan ALLAH kepada umat manusia..dengan sebab adanya raja maka ada benda yang dijaga oleh raja untuk rahmat manusia...ini politik islam.

kenapa orang islam benarkan orang kafir menghina raja2 kita?? raja itu adalah lambang peraturan dalam sesuatu negara, dan raja pemerintah di negara kita adalah lambang kesucian islam.

Tuesday, May 24, 2011

ini KERJA UMNO la nih.....

DNA Strauss-Kahn ditemui pada baju pekerja hotel

24/05/2011 1:18pm

NEW YORK 24 Mei - Pasukan penyiasat menemui DNA bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn pada baju yang dipakai pekerja hotel di Manhattan yang dilaporkan cuba dirogolnya.

Associated Press yang memetik dua orang sumber berkata, selepas ujian dijalankan, DNA yang ditemui pada baju berkenaan adalah sepadan dengan sampel DNA Strauss-Kahn.
Pemimpin IMF itu meletakkan jawatan selepas dia ditahan kerana melakukan serangan seksual ke atas pekerja hotel tersebut baru-baru ini. - AP

kuang!!kuang!!kuang!!

Monday, May 23, 2011

apa aku fikirkan berkenaan ANWAR IBRAHIM

suatu masa dulu aku pun mengelupor mak enon bila mana TUN M tendang anwar daripada kabinet, pada aku anwar adalah icon pemimpin muslim negara tambah lagi beliau suara umat melayu paling garang semasa zaman itu....anwar punya barisan pemuda yang berani. tapi itu suatu masa dahulu...tak payahla diceritakan lagi mcmana hebatnya anwar dimata hatiku pada masa itu...menyusahkan hidup aku je....

sekarang nih macam nak muntah bila baca cerita pasal anwar...mcm kan pembangkang tak ada pemimpin lain.. asik anwar saja la yang naik ke utusan, surat khabor perdana, wall FB dan posting bloggers.... maka puak lanun lahanat PR pun mainkan lah isu KERAJAAN BN TAKUTKAN ANWAR IBRAHIM...kepala hotak komer tak takut!!!!takut la ada PM mat jubor!!!!!takutla ada PM tak sayangkan agamanya bangsanya dan negaranya...

kadang2 mcm logik juga...TAKUT SANGAT KE KEPADA ANWAR sampaikan semua salah laku hanya terarah kepada ANWAR IBRAHIM?? asal menjubor dia...asal main dgn perempuan dia....asal penipu rakyat anwar...bukan nye LKS, LGE pok nik, kerpal singh, zaid ibrahim, even dato seri najib tuh baik bebenor tapi teman rasa mmg anwar tuh dah semedang buat salah....semedang dgn dosa....teman comment base on apa perkara yang teman yakin memang anwar buat salah...bukan hanya isu video sex tetapi membabitkan banyak isu kini dan dulu, dalam UMNO dan luor UMNO...tahun 1998 mmg aku muda berembun lagi bab politik tapi sekarang aku dah faham mainan politik......serta cara anwar menguruskan masalah dia (sorry tak layak guna kata ganti diri "beliau" sbb beliau utk orang yg dihormati kata che gu aku dulu)


ANWAR dan mainan politiknya telah ketinggalan zaman, benarkah BN sedang memonopoli kelemahan dan kesalahan anwar? betulkah BN sahaja yang menggunakannya...jangan kita lupa, DAP juga sedang mengguna pakai anwar ibrahim and co demi keuntungan politik dalam meraih undi melayu...setelah sekian lama sejak lama dahulu DAP takkan mudah mendapat undi melayu islam tetapi kini...dengan anwar menjadi jambatan antara DAP dan PAS maka sedikit sebanyak melayu menutup mata dan hati dalam memangkah kertas undi untuk DAP....jangan risau dengan kuasa melayu sebab DAP itu parti demokratik, tak kenal agama bangsa dan kulit....tak lama lagi, andai di izinkan ALLAH maka umat melayu akan mendapat peluang bermenteri besarkan melayu DAP...hehehhe NIZAR? mana nak letak la nnt......oh tak ngape lantik le dia jadi yang di pertua dewan, itupun dengan izin siva...adooooiiiiii masa tuh mengelupor balik la orang PAS tapi tak ngape...bior pape asei bergayeeeee.....dapat kontrak balak pakat2 senyap la semuanya!!!!!

anwar malam ni tak nyenyak lagi bila eskay dikhabarkan telah membuka lagi pekungnya esok di utusan... ini sudah kali ke berapa?? kenapa anwar sahaja yang jadi mangsa???? apa salah dia?? hehehhehehehe masing2 dah punya jawapan...

bagi aku sebab dia jahat!!!!!

Friday, May 20, 2011

MAHARAJA LAWAK - tribute to anwar ibrahim....

lain macam pulak maharaja lawak malam ni.....

edisi "tonggeng menonggeng" dan "tunggang menunggang" ada 3 aksi adoiiiiii.....jozan dah 2 kali, this is not the first time......adegan "liwat" jelas satu mainan pentas yang panas....anwar oh anwar!!!!

R2 pun kasi bola tanggung pada anwar, sambil menonggeng dan bertanya "yang ini dari mana"....isi dalam jubornya dari mana???? ha jawab la anwar ibrahim...jawap....

man, yang terkeluor pun memberikan pose tonggeng.....dan bercerita ttg tertukar boxer selepas tidur bersama.. maklumlah video tulen dah disebar seluruh negara....muntah hijau anwar!!!!

susahati juga kerana pada aku maharajalawak ditonton anak2, apabila isu ini tak selesai dan dituntut rakyat akan kebenaran maka ini lah yang berlaku......sebab itulah anwar tak layak lagi bergelar pemimpin malaysia, tambah2 lagi pemimpin islam....dia kini ibarat remote control DAP dan menagih simpati DUNGUan PAS!!!

huh....

Saturday, May 14, 2011

ustaz ABU BAKAR BASHIR - apa kata beliau berkenaan sahabat syaitan

"Rakan syaitan selalu begitu, mereka sering tak sependapat dengan orang yang cuba pertahankan islam"

saya tak la mahu menyokong perjuangan mambalas keganasan dengan keganasan yang beliau perjuangkan...jauh sekali mahu komen akan perjuangan beliau kerana saya tak punya apa2 informasi berkenaan kumpulan radikal yang dipimpin oleh beliau tetapi terpanggil untuk memberikan komen atas komen yang ustaz Abu Bakar Bashir buat.....

mereka yg menjadi rakan syaitan tidak boleh tidak adalah mereka yang bersetuju dengan apa yg dilakukan oleh syaitan...maka jauhila perbuatan2 yang boleh disamakan dengan syaitan!!!
tambah teman runsing bilamana NIK AZIZ sendiri sudi bersahabat dengan syaitan dan menolak hubungan persaudaraan sesama islam.....hemmmmmmmmm macam mana ISLAM NAK DIPERTAHANKAN...ingat di akhir zaman ini banyak manusia bertopeng manusia!!!! 

Wednesday, May 11, 2011

bagaimana PAS mula mendekati GEREJA!!!

artikel menarik untuk dikongsi bersama daripada blogger andak.

Ketua Agama Patut Ketuai Keharmonian Antara Agama

Pada 30 Mei 2007, beratus-ratus wakil parti dan NGO termasuklah PAS, ABIM dan JIM menanti keputusan kes murtad Lina Joy di Istana Kehakiman Putrajaya dengan penuh harapan, sambil berzikir dan bermunajat. Sejurus penghakiman yang memihak kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diputuskan oleh Ketua Hakim Negara ketika itu: Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, maka bergemalah laungan takbir di luar Mahkamah Persekutuan.1


30 Mei 2007 - 

PAS bertakbir sejurus penghakiman Tun Ahmad Fairuz

Namun, hanya tiga bulan selepas penghakiman tersebut, media alternatif Malaysiakini muncul dengan dakwaan bahawa peguam kanan V.K. Lingam pernah bersekongkol dengan Tun Ahmad Fairuz, bagi mengatur agar beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.2 Dakwaan ini dibuat berdasarkan video yang hanya ditimbulkan kembali lima tahun selepas ianya dirakamkan pada 2002. Cukup seminggu selepas dakwaan itu disiarkan, jika dahulu beratus-ratus wakil NGO Islam berhimpun, kini The Malaysian Bar Council pula menyeru 2,000 orang peguam berarak di Putrajaya bagi mendesak Perdana Menteri menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dakwaan Malaysiakini.3



Tun Ahmad Fairuz kemudiannya bersara ‘wajib’ selepas tempoh perkhidmatannya tidak dilanjutkan, lima bulan selepas beliau menyampaikan penghakiman yang menyebelahi MAIWP dalam kes Lina Joy. Di mana PAS ketika ini? Di mana ABIM, JIM dan NGO-NGO Islam yang lain?
Yang pastinya, tiga hari selepas perarakan tersebut, Penasihat PKR Anwar Ibrahim dengan lantang menyatakan di dalam sebuah forum bahawa beliau “suka sangat tengok” Tun Ahmad Fairuz mempertahankan diri jika dibicarakan.4 
Adalah amat menarik bila difikirkan betapa hampir kesemua pengikut parti pembangkang berhempas pulas enggan mempercayai bahawa individu mirip Anwar di dalam skandal video seks ‘Datuk T’ ialah Anwar sendiri. Namun, hampir kesemua mereka juga berhempas pulas mengatakan bahawa Tun Ahmad Fairuzlah individu yang bercakap dengan Lingam melalui telefon, walaupun tiada langsung suara atau apa-apa kelibat individu menyerupai beliau di dalam video. Itulah tahap konsistensi dan istiqamah pembangkang.
Beberapa hari sebelum Tun Ahmad Fairuz bersara, Anwar Ibrahim telah menjemput Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Pakiam, sebagai tetamu khas untuk menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman beliau. Hubungan antara kedua-dua pemimpin berlainan agama ini harus dikagumi. Apabila tiba hari Krismas tahun yang sama, Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah pula dijemput menghadiri Rumah Terbuka Krismas anjuran CFM (Christian Federation of Malaysia) bersama-sama Archbishop Murphy Pakiam.



21 Oktober 2007 - Anwar menjemput Archbishop Murphy Pakiam berhari raya di kediaman beliau. Murphy kemudiannya akan menjemput Anwar ke Rumah Terbuka Krismas CFM. CFM seterusnya akan menjemput Anwar ke forum PRU ke-12, di mana Anwar membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh Gereja.

CFM tampak berminat dengan apa yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim. Pada 30 Januari 2008, CFM telah menjemput Anwar ke satu dialog tertutup bersempena PRU ke-12 di Petaling Jaya. Di dalam dialog tersebut, Anwar telah ditemuduga oleh 200 paderi dan aktivis Kristian. Di sinilah Anwar membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada Gereja.5 Adakah kalimah ‘Allah’ dijadikan ‘matawang’ oleh Anwar untuk menagih sokongan Gereja?
Betul atau tidak betul, parti-parti pembangkang telah meraih salah satu kejayaan terbesar dalam sejarahnya pada PRU ke-12, apabila menidakkan majoriti dua pertiga BN.
Apa sahaja kemusykilan tentang hala tuju sokongan Gereja pada PRU ke-12 sudah terjawab apabila Rev. Wong Kim Kong, Setiausaha Agung NECF (National Evangelical Christian Fellowship – Kumpulan Mubaligh Kristian Kebangsaan) Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar pada 13 Mac 2008 yang menggesa para penganut Kristian agar berdoa untuk parti-parti Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS.6 Maka lengkaplah polarisasi parti politik mengikut agama di negara ini: PAS untuk Islam, HINDRAF untuk Hindu, dan PKR yang disokong CFM dan NECF untuk Kristian.

13 Mac 2008 - NECF menggesa para penganut Kristian agar berdoa untuk parti-parti Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS.
Wakil-wakil rakyat pembangkang, terutamanya dari negeri-negeri dengan bilangan penduduk bukan Melayu yang ramai, seolah-olah teruja apabila memperoleh limpahan ‘rezeki’ yang tidak disangka-sangka ini. Lapan hari selepas kemenangan beliau di dalam pilihanraya, Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS serta ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, menjadi ahli Parlimen Malaysia beragama Islam pertama menziarahi Gereja St. Paul The Hermit di Ijok.7 Trend ini dilanjutkan sebelas hari kemudian apabila ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula menziarahi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam dan memberikan kebenaran kepada Gereja untuk menggunakan kalimah ‘Allah’.8 Jika kedua-dua ahli Parlimen PAS ini sekadar ingin membuktikan betapa mereka mengambil berat tentang kebajikan penganut Kristian, adalah pelik kerana mereka hanya menziarahi Gereja selepas menang.
PAS, Parti Islam Se-Malaysia, akhirnya telah berjaya ditundukkan oleh Gereja.
Genap sebulan setengah selepas tsunami politik Mac 2008, Archbishop Murphy Pakiam muncul untuk memohon semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald – The Catholic Weekly. Pemimpin agama berpengalaman luas seperti beliau sudah pasti lebih arif daripada orang lain tentang sentimen umat Islam terhadap isu ini. Namun mengapa beliau masih meneruskan permohonan tersebut?
Mengapa ‘orang agama’ seperti beliau, ‘man of God‘, cenderung memilih jalan konfrontasi dan bukan kompromi? Apakah kalimah ‘Allah’ satu-satunya jalan untuk penganut Kristian berbahasa Melayu menuju kepada Tuhan?
Memang pemilihan masa (timing) untuk permohonan itu tepat bagi Archbishop Murphy Pakiam kerana laungan takbir PAS sudah berjaya dibisukan, akan tetapi beliau juga seharusnya sedar bahawa pemilihan masa itu juga mendedahkan kepada ramai pihak seolah-olah beliau cuba menangguk di kala kekeruhan perpecahan Melayu. Para pemimpin agama seperti beliau sepatutnya menjadikan diri sebagai contoh untuk memupuk hubungan baik antara kaum dan agama, sepertimana yang diusahakan oleh Perdana Menteri. Saya mencadangkan agar Archbishop Murphy Pakiam mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri untuk mendalami bagaimana seorang pemimpin, terutamanya pemimpin agama seperti beliau, seharusnya bekerja keras menjadi peneraju keharmonian, dan bukan jaguh cabar-mencabar.

Archbishop Murphy Pakiam patut menemui PM. Bukankah Kristian cintakan keamanan?
1. “Mahkamah tolak permohonan Lina Joy, pelbagai pihak lega,” HarakahDaily, http://www.harakahdaily.net/v2//index.php?option=com_content&task=view&id=7909&Itemid=28
2. “Transcript of Lingam’s conversation with Ahmad Fairuz,” Malaysiakini, 19 September, 2007, http://www.malaysiakini.com/news/72608
3. “Walk for Justice: “When lawyers walk, something must be very wrong”,” The Malaysian Bar, 26 September, 2007, http://www.malaysianbar.org.my/bar_news/berita_badan_peguam/walk_for_justice_when_lawyers_walk_something_must_be_very_wrong_.html
4. “CJ’s name mentioned in Lingam tape Pt 2,” Malaysiakini, 29 September, 2007, http://www.malaysiakini.com/news/73030
5. “Anwar explains his stance to Christian leaders,” Malaysiakini, 2 Februari, 2008, http://www.malaysiakini.com/news/77726
6. “Urgent Call for Continued Prayer (Malaysian General Election 2008),” 13 Mac, 2008, http://www.necf.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=43&action=view&retrieveid=948
7. “Dzulkefly may be the first Muslim MP at a Catholic Mass,” The Malaysian Insider, http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/5660?task=view
8. “The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam,” The Malaysian Insider, http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/5661-the-day-catholics-welcomed-a-man-from-pas-in-shah-alam

dah sampai masanya untuk para WARTAWAN bertegas

 
saya yakin semasa anwar bergelar TPM malaysia, berukni tentu pernah meminta stesen TV sprti RTM dan TV3 utk membuat liputan berkenaan beliau untuk tujuan kerja atau politik....saya mohon pihak wartawan TV mahupun akhbar utk buat satu laporan  khas "ANWAR dan wartwan suatu masa bergelar TPM".....saya yakin kita dapt melihat dengan jelas bagaimana perubahan sikap yang sgt ketara.

 

sudah sampai masanya para wartawan yang dicerca terutama dari UM, BH, RTM, TV3, kosmo dan lain2 yang dilabelkan budak suruhan BN/UMNO untuk memberikan tunjuk ajar yang berguna buat ANWAR.. para wartawan bukan semata-mata wartawan sebaliknya anda semua adalah rakyat malaysia yang punya maruah diri untuk dipertahankan. Bukan sahaja ANWAR, kita dah mula lihat watak2 jahat LGE dan Jeff Ooi sedang menyerang wartawan2 melayu@bumi sepertimana wartawan2 sepet dan hitam-manis kulitnya tidak memainkan isu bangsa dan agama secara berbahaya?

Friday, May 6, 2011

sinar HARI INI....

mana taknya...
presiden team ulamak 
yang nak ganti geng ALAMAK!!!! ada yang kata P**imak!!!!


adoiii SEMAK!!!!
ni lagi satu samdol!!!
apa punya kebajikan ka dogoi oiii!!

dengan student pun PAS nak berlawan? ada hati pulak nak kontrol uum? 

lupakot, insaniah ngan kuin pun tak terjaga
punggahhhhhh!!!



KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib mencadangkan supaya pencalonan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan kepada gandingan sama iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa.

Cadangan itu mendapat persetujuan sebulat suara dalam mesyuarat agung Pas kawasan Hulu Terengganu pada 29 April lalu.

Harun yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Terengganu berkata, gandingan sedia ada mampu membawa hala tuju parti ke arah lebih baik, selain mampu menggerakkan Pas untuk bersama-sama Pakatan Rakyat merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya berhubung terdapat kawasan lain seperti Pas Besut yang mencadangkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata, pihaknya tiada halangan kepada mana-mana kawasan untuk mengemukakan cadangan masing-masing.

“Kita beri kebebasan dan tiada peraturan pada kawasan tertentu untuk menetapkan calon yang perlu dipilih, sebaliknya mereka boleh mencadangkan sesiapa yang mereka suka,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan, kerjasama Pas dengan PKR adalah kerjasama berteraskan parti, bukan individu.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul sebarang perkara yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong Pas sekalipun mereka meragui penafian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembabitannya dalam isu video seks.

Harun berkata, kerjasama antara parti itu akan diteruskan biar sesiapa jua yang membarisi kepimpinan tertinggi PKR.

“Sama ada Anwar ada atau tidak, kerjasama tetap diteruskan dan isu yang berlaku ketika ini biarlah diselesaikan sendiri.” katanya.

Wednesday, May 4, 2011

kata Hj Hadi....bukan "ulamak bisu" PAS hahahah

kan ke double standard bila kena kat PR komer kata buka aib...kepala hancut komer

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...