mana taknya...
presiden team ulamak 
yang nak ganti geng ALAMAK!!!! ada yang kata P**imak!!!!
adoiii SEMAK!!!!
ni lagi satu samdol!!!
apa punya kebajikan ka dogoi oiii!!
 
dengan student pun PAS nak berlawan? ada hati pulak nak kontrol uum? 
lupakot, insaniah ngan kuin pun tak terjaga
punggahhhhhh!!!
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk  Harun Taib mencadangkan supaya pencalonan untuk jawatan Presiden dan  Timbalan Presiden dikekalkan kepada gandingan  sama iaitu Datuk Seri  Abdul Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa.  
Cadangan itu mendapat persetujuan sebulat suara dalam mesyuarat agung Pas kawasan Hulu Terengganu pada 29 April lalu.  
Harun yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Terengganu  berkata, gandingan sedia ada mampu membawa hala tuju parti ke arah lebih  baik, selain mampu menggerakkan Pas untuk bersama-sama Pakatan Rakyat  merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.  
Ditanya berhubung terdapat kawasan lain seperti Pas Besut yang  mencadangkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas  untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata, pihaknya  tiada halangan kepada mana-mana kawasan untuk mengemukakan cadangan  masing-masing.  
“Kita beri kebebasan dan tiada peraturan pada kawasan tertentu  untuk menetapkan calon yang perlu dipilih, sebaliknya mereka boleh  mencadangkan sesiapa yang mereka suka,” katanya.  
Sementara itu, beliau menegaskan, kerjasama Pas dengan PKR adalah kerjasama berteraskan parti, bukan individu.  
Sehubungan itu, katanya, tidak timbul sebarang perkara yang  boleh menjejaskan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong Pas sekalipun  mereka meragui penafian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berhubung pembabitannya dalam isu video seks.
  
Harun berkata, kerjasama antara parti itu akan diteruskan biar sesiapa jua yang membarisi kepimpinan tertinggi PKR.  
“Sama ada Anwar ada atau tidak, kerjasama tetap diteruskan dan  isu yang berlaku ketika ini biarlah diselesaikan sendiri.” katanya.   


 
 
 
 
No comments:
Post a Comment