Thursday, April 29, 2010

Titah Tuanku Sultan Selangor

teman on the way ke perak, pasang radio sinar dan semasa "berita sinar" teman dengor hebahan yang menyatakan :

1. Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan Selangor bertitah, halangan untuk berpolitik di masjid2 dan surau surau akan tetap di lakukan.

2. halangan berbuat demikian di buat kerana tidak mahu menjadikan "rumah allah" sebagai tempat menggalakkan perpecahan....so nicky ajis, ia bukan satui larangan yang diwarisi drpd penjajah!!! jangan tabur fitnah!

3. kepada mereka yang mahu ke selangor, DYMM Tuanku Sultan bertitah supaya mengikut apa yang disyaratkan. teman yakin Tuanku bertitah adalah sbagi respon kepada memanda menteri kelantan atas keceluparan Nicky ajis menyanggah titah tuanku. To clear the air, N.ajis memaklumkan dia tak tahu menahu dengan titah Tuanku...hairan takkan lah orang kampung dan Felda pun tahu...memanda menteri tak tahu..set pol, setiausaha sulit, P.A atau mungkin drebar tak bagitau ker?

Wednesday, April 28, 2010

Kata Dulang Paku Serpih

PRK HS, Kerajaan negeri selangor edar borang 5A, borang apa tuh? borang pemilikan tanah....Kalau PKR kalah permohonan akan di tarik balik.

Sebelum pilihanraya, mereka mengagihkan wang RM200 dan barangan keperluan isi rumah kepada penduduk HS...untuk apa mereka berbelanja...oppsss bersedekah...wallahualam ZAID jua yang tahu kenapa.

Premis perniagaan yang tak diduduki di Bkt Beruntung, tiba2 kerajaan negeri mengecualikan bayaran cukai pintu...untuk apa itu? kenapa semasa demam pilihanraya?? kenapa hanya di HS, tempat lain? tak adil lah begini...PR mesti BUDIMAN!!

Dulu bukan main marah sekarang dewan orang ramai dah jadi dewan orang PR...dewan2 ini dijadikan markas gerakan mereka...huhu ini salah guna kuasa.

cuba tengok berapa banyak kenderaan dengan lambang kerajaan negeri berada di atas jalan di HS...eh eh takkan sekarang baru nak lawat kawasan...ada sebab la tuh.

bukan setakat sumbangan...ugutan pun ada juga...Penerima zakat yang condong kepada BN maka bantuan akan di tarik balik...ya allah, duit zakat tuh bukan hak mutlak kerajaan negeri...
zaid ibrahim kata INI MERUPAKAN PILIHANRAYA PALING KOTOR DALAM SEJARAH...SPR BERAT SEBELAH DAN BERLAKU KETIDAK ADILAN DALAM PROSES PILIHANRAYA!!! 

LEPAS NIH TAK PAYAH LAGI NAK JADI CALON PILIHANRAYA....MASA SEBELUM HARI MENGUNDI MACAM2 CAKAP...PENDUDUK HULU SELANGOR TERIMA ZAID LA...PELUANG MENANG ADA!!...30K PENYOKONG DALAM TANGAN LA.....DAH KALAH NAK SALAHKAN SISTEM...WOIII SITEM TUH JUGAK LA YANG KOMER GUNA MASA KOME MENANG SEBELUM NIH!!

 


TERIMA KASIH pengundi CINA yang Mengundi BN

Surat khabor dan laman blog banyak mempersoalkan tentang kemana hala tuju undi masyarakat cina terhadap BARISAN NASIONAL...ramai juga yang sedih, marah dan terasa hati...AKU SIKIT TAK SALAHKAN DEMER!!!yerr aku juga tak terkecuali...
Namun jauh disudut hati, aku perlu ucapkan tahniah dan ucapan trilion TERIMA KASIH kepada sahabat BN chinese voter 28% yang membantu YB KAMALANATHAN...

This is TRUE friendship dan sahabat politik yang baik...dan mereka berhak terima UCAPAN TERIMA KASIH dan SALAM PERSAHABATAN!!! tapi dengan rasa curiga yang amat menebal didalam hati......

semoga di teruskan pada PRU13....dan andaikata berlaku peristiwa "sahabat" menikam dari belakang harap semak sama sejarah pejuangan melayu di bumi bertuah dan bumi berdaulat ini....


beberapa perubahan ayat telah dilakukan...heheh dek kerana membaca blog2 lain...terasa ada sangat kebenaran melayu terus dikhianati...CSL jangan salahkan PERKASA atas kelemahan party sendiri.. dek kerana perkasa lah undi melayu kembali bertaut kepada BN...

 

AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim


Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?
Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.
Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika “berpolitik” artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai “sekular” dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu.
Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.
Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.
Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam “kempen” politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk “berpolitik” sedangkan “politik” yang dibawanya adalah “politik kotor” penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah “Pesuruh Allah” yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.
Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.

minta tolong sapa2 yg rapat dgn n.ajis tolong convert tulisan nih ke jawi...jangan lupa bagi tok guru pakai spek memolek...nanti dia wat alase dok pakai spek mater pulok!!!kalu nok molek lagi, buri ariff fahmi baco!!!

Tuesday, April 27, 2010

kata n.ajis kami meningkat 100 UNDI!!!!

teman nak komen...opsss kondem fakta nik ajis yang mengatakan peningkatan 100 undi kepada PR membuktikan kekuatan mereka masih utuh...

macamana pulak dengan peningkatan 2000 undi kepada BN...kembalinya pengundi india kepada BN dalam keadaan MIC masih SAKIT!!! MIC belum sembuh sepenuhnya!!!

calon insaf dan taubat TUAN HJ ZAID IBRAHIM seharusnya menarik undi yang banyak kepada PR tetapi apa yg berlaku sebaliknya..kehadiran TOK GURU N.AJIS ke medan perang sekembalinya drpd mekah harus menyaksikan gandaan undi buat PR namun pilihan rakyat telah diperkenankan ALLAH. Kamalanathan dipilih MP baru Hulu Selangor walaupun beliau hanya turun sebagai calon lightweight...tak percaya timbang la kedua-dua calon!!!





N.ajis buat2 lupa pulak persengketaan dengan tuan haji zaid ibrahim...yer la...budu dalam botol...cuba buka aromanya penuh segenap ruang...hmmmm mcm2....

n.ajis sering buat statement bodoh dan tidak bertanggung jawap atas statement yg di buat..alasan beliau tidak tahu menahu tentang titah Duli Tuanku Sultan Selangor tentang larangan berpolitik di masjid sangat daif!!!!n.ajis ialah MB kelantan,adalah mustahil tiada seorang dikalangan setiausaha politik mahupun para pegawainya tidak tahu tentang titah tuanku!!!memalukan dan BODOH!!!!

sebagai rangkuman ulasan tentang peningkatan undi di HS kepada PR....LUPAKAH TUAN GURU DENGAN PRK DI MANEK URAI...gi kire semula tuan guru berapa hok meningkat berapa pulok hok menurun!!!!sape hok meningkat sape pulak hok turun undi....

Sunday, April 25, 2010

agaknya macam ni la kalau nengok SUKAN lumba kuda

keletap keletup...ponponpon.....tet tet tet
peh...kejap sini laju, kejap lagi sana plak laju.....agaknya mcam ni la nengok race kuda.....
apapun target anwar 30K undi dalam tangan mcm tak sempat nak capai jer!!!

7:15pm - keputusan terkini

sumber blog kak midah
BN 9375
PR 7299

alhamdulillah

Friday, April 23, 2010

Teman nak jawap kenyataan HUSAM MASAM

HULU SELANGOR, 22 April : Rakyat di Hulu Selangor beruntung jika calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menjadi ahli parlimen mereka, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar).

Untung mender YB kalau naikkan pemimpin tak berjiwa ISLAM sebagai pemimpin...tak percaya minta zaid buat kenyataan terbuka berkenaan isu MURTAD dan HUDUD sblm pembuangan undi.. untung sabut timbul...untung zaid tunggang ker tonggang?

Husam sewaktu berceramah di Batang Kali malam tadi berkata, dengan adanya seorang wakil rakyat dari pakatan akan mendorong tiga lagi Adun BN di Hulu Selangor bersaing menunjukkan khidmat mereka.
apakata di kelantan pun pengundi sama-sama bahagi membahagi kerusi dun dan perlimen utk wujudkan persaingan sihat dan keuntungan untuk rakyat...YA KITA MULAKAN DI KELANTAN UTK PRU13...HUSAM SETUJU?


"Sekiranya ketiga-tiga Adun dari BN dan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, kita akan melihat persaingan yang akhirnya menguntungkan rakyat.
PATUTLAH RAKYAT DIKELANTAN TAK UNTUNG-UNTUNG..UNDI PAS SOKMO...GITU KE MAKSUD HUSAM?

"Kalau nakkan satu saluran supaya wakil rakyat kita boleh berhubung dengan pengundi di Hulu Selangor, kita memerlukan seorang wakil rakyat yang terbaik," katanya.
nak berhubung macamana...kalau MP di KB atau lagi 2 tahun baru datang semula!!!

Tambahnya lagi, Zaid jauh lebih berpengalaman dari calon BN, Kamalanathan untuk membela rakyat Hulu Selangor.
BN jauh lebih berpengalaman daripada PR...calon ke Parti yg bleh bagi kesenangan pada rakyat...kalau calon yang bleh bagi kesenangan macam politik wang pulak bunyinya!!!


Zaid, katanya mampu membawa isu-isu kritikal rakyat ke parlimen kerana pernah menjawat jawatan menteri kabinet sebelum ini.
Ya isu permasalahan MURTAD...itukan hak asasi manusia kata zaid!!!ya takya zahid perlu utk defend isu kritikal anwar!!!


Beliau memberi contoh isu ISA yang menyebabkan Zaid meletakkan jawatan menteri kerana mempertahan perinsipnya iaitu menentang ISA.
jawatan menteri yang dilantik bukan daripada proses pilihanraya??? karpal kan tek setuju cara ini sampai pertikaikan perlantikan pandikar amin??ISA masih relevan!!!


"Kamalanathan adalah wakil rakyat BN dan mustahil untuk seorang wakil rakyat BN untuk mempertikai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kepincangan pengurusan ekonomi negara, angkara Umno," katanya.
ajer bodoh husam...ader ker orang pas yang tak sokong hudud??DAP jer yang tak sokong...maklumlah kulop pun tak potong!!


Zaid menurut Husam mempunyai kebolehupayaan dan profesionalisme selain tahap pendidikan dan pengalaman sebagai pengamal undang-undang.
yer la sbb itu lah kerajaan negeri PAS kena saman dek isu hudud oleh seorang pengamal undang2

Berbanding dengan Kamalanathan, beliau berkata, rakyat masih tertanya-tanya tentang rekod pendidikan serta profesionalisme calon MIC tersebut
lulusan university edith cowen Australia....dah cukup baik lebih2 lagi bachelor in communication!! selesai masalah komunikasi...sekurang2nya mampu bercakap dalam bahasa melayu,tamil dan english dengan baik...


Sehubungan itu, beliau mengganggap Zaid jauh lebih berprinsip serta berkelayakan mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan Rakyat kelak, berbanding Kamalanathan.
anggapan tak semestinya kebenaran YB....anggapan project kambing BERJAYA kebenaranya MACAMANA????


Menyentuh isu royalti Kelantan pula, Husam berkata kerajaan BN lebih mengutamakan syarikat asing yang ada kepentingan Zionis Israel dari rakyat sendiri.
dah minta tolong pada KULI ker?

Ianya merujuk kepada pelantikan firma perunding APCO Worldwide yang dilantik kerajaan dalam sektor telekomunikasi negara dengan bayaran RM76 juta.
yer le...dah banyak sangat benda buruk yang anwar dah sondol di mata dunia!!!!

"Mereka sanggup bayar kepada APCO Zionis Israel RM76 jta tetapi untuk 1.6 juta orang rakyat Kelantan, mereka bayar hanya RM20 juta sahaja," katanya.
76 juta untuk seluruh rakyat malaysia YB...rm20 juta rakyat kelantan sahaja yang dapat...yang dah kaya tak payah la nak kecek?

Thursday, April 22, 2010

antara tanda ! dan tanda ?

terbaca posting tun faisal....al ceritanya yang mana tantawi termencarut....opssss!!! termencarut dan dibetulkan dengan satu pembohong "covering a lie with another lie.


Akhirnya MP Pulai BN mengaku BN mengambil APCO sebagai ejen bagi memulihkan imej malaysia yang kononnya dicemarkan oleh DS Anwar. WTF!
@Tantawi100: ustaz , WTF tu maksudnya apa? :)
Ustaz WTF tu apa? RT @Tantawi100: Akhirnya MP Pulai BN mengaku BN mengambil APCO sebagai ejen bagi memulihkan (cont) http://tl.gd/vgs07
WTF as mean : Why Tun Faisal ?! [ ramai juga org dalam twitter yang otak dijajah Israel sehingga berkaler biru kekuningan]

heh heh heh bagus ustaz, covering a lie wt a lie? RT @Tantawi100: WTF as mean : Why Tun Faisal ?! [ ramai juga org dalam twitter yang

tiba2 boleh jd Why Tun Faisal :) RT @3alani: Jawab Ustaz!!!Betulla Tun Tok Guru dia ajar dia mencarut...WTF!!!

sbb itu bila timb ketua dewan ulamak pun menipu, pemimpin Pas pun menipu, ustaz2 mcm ni apa lagi :)

ustaz dah termalu tu - ustaz tak salah la mencarut, tuhan ustaz pun maha mencarut :) RT @3alani: Jawab Ustaz!!!Betulla Tun Tok Guru

@tunfaisal sepatutnya WTF?? Bukan WTF! Hehe

dulu di bagan pinang menipu....kononya ninja umno mengamuk menetak petugas PAS. huhuhu tantawi!!!!


sekarang menipu pula konon ditukar WHAT THE FUCK to WHY tun FAISAL but using the wrong tanda la...WHAT THE FUCK TANTAWI OIIIII??? SHAME ON YOU!!!

BN hampiri kekuatan sebenar - Di H.S ia bermula!!!!

SALAM 1MALAYSIA,

Pada PRK HS kali ini, saya merasakan bahawa pengundi perlu tunjukkan sesuatu kepada barisan kepimpinan parti iaitu pemilihan calon yang bersih dan mampu menjadi pejuang masyarakat harus jadi kriteria. MESEJ dan gambaran yang jelas kepada pemimpin BN mahupun PR adalah PERLU supaya barisan calon DUN ataupun Parlimen PRU13 adalah calon yg benar2 layak...

BN mungkin telah belajar kesan daripada tragedi mempertahankan calon BN saudara rohaizad dan menidakkan persepsi bahawa calon BN dikatakan kurang mesra di KT sehinggakan BN sntiasa berada pada posisi defensive..ini mengakibatkan usaha utk menawan hati pengundi gagal. Pemilihan calon yang betul sebenarnya telah bermula semasa PRK di kelantan dimana calon PAS hanya mampu menang dengan majoriti 65undi. Momentum itu diteruskan apabila TS Isa samad menjadi calon BN, sekalipun usaha memperburukkan calon BN dilakukan tetapi pengundi telah menilai,antara calon PAS dan UMNO ternyata calon UMNO lebih baik dan diyakini. Ini ditambah lagi dengan kekuatan UMNO telah hampir dipulihkan selepas DSNTAR diangkat sebagai presiden UMNO. Gandingan CALON YG BAIK dan PARTI YG DIYAKINI menjadi asas kemenangan sesuatu pilihanraya. INI ADALAH AMAT JELAS

insyallah bermula daripada hulu selangor, BN harus berpegang kepada prinsip hanya calon yang layak dan diterima sahaja perlu diketengahkan... maksudnya tiada lagi dan jgn ada lagi calon payung terjun @ "recommendation by someone" untuk menjadi calon BN pada masa akan datang..namun bergitu prinsip dan persefahaman perkongsian kuasa antara komponen tidak harus di tolak ketepi.. perkongsian kuasa dalam menentukan calon BN menjawap bahawa PERKAUMAN sebenarnya tidak pernah wujud dalam perjuangan BN. Kekuatan UMNO dibantu oleh prestasi baik komponen party akan meletakkan BN akan kembali disegani lantas meletakkan PR semakin bercelaru dengan krisis dalaman mereka...

buat DSNTAR dan TSMY saya mohon agar dipastikan hanya mereka yang lulus cemerlang "report card" mereka akan dicalonkan semula, dan pencalonan akan berlatar belakangkan prestasi semasa bukan prestasi lampau. menang 2-3 penggal sahaja belum cukup menjadi calon automatik di PRU13... mereka yang telah diketepikan di PRU12 saya anggap telah tidak relevan lagi di PRU13...berilah laluan kepada mereka yang muda bersemangat dan punya track record yang baik utk membina negara..kepada mereka yang pernah berjasa...TERIMA KASIH banyak2.






HARAPAN SAYA TIADA LAGI PENGKHINAT AKAN DIHASILKAN DARIPADA SAF KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL. TIADA GUNA MELANTIK PEMIMPIN YANG BERJUANG UTK DIRI SENDIRI DENGAN OMONGAN HARAPAN BARU YANG PALSU UTK RAKYAT MALAYSIA...RETORIK POLITIK YANG MELAMPAU HARUS TIDAK LAGI JADI MAKANAN POLITIK DI MALAYSIA. SENTIMEN MEMBURUKKAN ORANG LAIN, ORGANISASI KERAJAAN SEPERTI PDRM DAN TENTERA HARUS DIJAUHI KERANA IA BENTENG KEKUATAN NEGARA. TAAT DAN SETIA KEPADA AGONG, RAJA DAN SULTAN PEMERINTAH NEGERI HARUS JADI PEGANGAN MASYARAKAT MALAYSIA KERANA TAMPA PENGORBANAN DULI TUANKU RAJA2 MELAYU TAK MUNGKIN NEGARA BERNAMA MALAYSIA INI DAPAT DIBINA.

Monday, April 19, 2010

Kata Ezam Azmin Bangsat Merempat!!!! KENAPA?



saifuddin nasution nak jadi panglima...hehhe rupanya lari ke indonesia..

azmin kena banned - siapa yg banned??


"hang bukan tak tau kak wan" ANWAR IBRAHIM


but ezam, u kena minta maaf juga dengan TUN DR MAHATHIR

DAULAT TUANKU!!! RAJA AZLAN SHAH



Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan.
Teman berkampung di batu gajah...membesor di IPOH. Di mesjid semasa teman menetap di IPOH berdepan Poli Ungku Omar selalu duli tuanku datang bersolat jumaat, begitu juga mesjid di Rapat Setia. Kehadiran Tuanku si mesjid "favourite" tuanku barangkali, sentiasa dinanti rakyat jelata...Bangga bila dapat bersalaman dengan Tuanku Sultan Perak...TEMAN SANGAT BERBANGGA!!!

Di Mesjid Batu Gajah pun ada keistimewaan tersendiri...Mesjid kini dalam proses pembinaan banggunan masjid yang baru. Setiap 25 Ramadhan pulak sejak dari zaman teman sekolah memang merupakan MOREH DIRAJA. semasa tuanku sihat tuanku sentiasa bersolat jemaah, berbuka dan moreh bersama rakyat...Orang Batu Gajah sangat sayang pada Tuanku Sultan. Mesjid di ARA PAYONG, B.Gajah pun bukan asing pada tuanku..dengor cerita ramai kawan baik tuanku di situ..

Di Batu Gajah ada sekolah yang usianya dah cecah 100 Tahun...Budak lelaki di BG, ble kata sebilangan besar akan bersekolah di SYS...Pride of Batu Gajah. Tuanku sayang pada sekolah ini..kome bayanglah susah nak jumpa sekolah yang ada dewan sekolah berhawa dingin.. Sambutan 100 tahun SYS di rayakan dengan penuh gemilang di BG. Warga SYSjuga sayangkan tuanku..teman sempat belajor setahun di sys...hehhehe jadilah.. APA ISTIMEWANYA SEKOLAH INI DENGAN TUANKU...ya ini sekolah Tuanku Azlan Shah.. tapi sebelum sekolah bertukar nama SULTAN YUSSOF SCHOOL sekolah ini dikenali sebagai GES BG Govern English School.. Sbb itu tuanku sayang sekolah ini...ohhh tuanku aktif sukan di sini..captain for school hockey team..pelari sekolah...tuanku bukan calang2 anak raja!!!anak raja berjiwa rakyat!!

TUANKU, PATIK MERAFAK SEMBAH DAN MENJUNJUNG DULI TUANKU, BERDOA KEPADA ALLAH AGAR TUANKU TERUS KUAT MEMAYUNGI NEGERI DAN RAKYAT...PERAK BUMI BERADAT, BUMI BERDAULAT. PATIK BERHARAP NEGERI PERAK DI JAUHKAN DARI BALA BENCANA DAN SENTIASA DLM KEADAAN  AMAN BAHAGIA.. WALAUPUN KINI ADA KUASA YANG CUBA MENGGANGGU GUGAT KESULTANAN PERAK...PATIK YANKIN HAMBA RAKYAT DARUL RIDZUAN AKAN SENTIASA DI HADAPAN BERSAMA TUANKU...SELAMAT PANJANG UMUR DULI TUANKU SULTAN PERAK RAJA AZLAN SHAH...DAULAT TUANKU!!

Teman Sayang Sultan Teman!

Friday, April 16, 2010

petikan khutbah solat jumaat.

Alhamdulillah dapat juga mendengar dan memahami kuhtbah jumaat yang disampaikan oleh imam besar surau al-furqan, a.k.a merangkap jiran teman disini. bacaan,tonasi, penyampaian baik....tak perlu jerit tapi tegas...khutbah menyentuh isu rasuah...yup rasuah, dan memanglah bunyi khutbah itu seakan menghalakan kesalahan di pihak kerajaan pusat...but heyyy....toksah kita amik hati sanagt..me simple...apa yang mai daripada orang yang tinggi ilmu agamanya insyaallah bleh diterima...tapi bukan itu isunya..tetapi isi khutbah tersebut!!!!

mengikut khutbah tersebut....lebih kurang bunyiknya begini!

"hasil daripada perbuatan rasuah  yang dilakukan oleh mereka yang berkepentingan, menyebabkan mereka yang berkerja sehari suntuk mencari rezeki yang halal seperti nelayan dan petani  mengalami kerugian. amalan rasuah akan menyebabkan amal kita tidak diterima ALLAH"

saya tak la kata salah sepenuhnya tetapi saya rasa ayat yang negatif ini boleh di terbalikkan menjadi ayat yang bersifat positif. Menyeru kepada kebaikkan dan mengajar pendengar menjauhi RASUAH.

point saya : seharusnya dinyatakan 
"bahawasanya orang yang tidak mengamal rasuah dan yang mencari rezeki halal sehari suntuk lebih beruntung daripada mereka yang punya kepentingan dengan mengamalkan rasuah kerana amalan kita akan diterima oleh ALLAH" 

saya sangat berharap struktur ayat khutbah sentiasa menggunakan ayat yang positif sifatnya yang menyeru kepada kebaikan, bercerita tentang kelebihan dan tidak hanya condong kearah negatif. Bab sindir kerajaan atau tidak bukan isu utama selagi ia tidak bersifat FITNAH!!
wallahualam...yang baik dari ALLAH dan tiap kesalahan adalah daripada kelemahan diri saya sendiri.

Thursday, April 15, 2010

Semi Value - ada harga lagi kah?

Separuh harga...ohh tidak!!!tidak!! bukan hanya separuh harga sebaliknya hampir sudah tiada harga lagi. Kenapa jadi begitu?? kerana tarikh luputnya telah lama berlalu...hanya dia dan juak-juaknya yang buat tak tahu.. ubat yang telah luput, andai diguna akan menjadi penambah bisa...tak percaya CUBA!

Tadi pembuka bicara...kini isi seadanya...

YA PAKATAN REPUT pasti gembira dengan situasi terkini pemilihan calon BN utk PRK Hulu Selangor!! GEMBIRA??? yer la SI SEPARUH HARGA sudah tidak lagi mendengar kata...aku tertanya tanya berani sangat ka PALANI tuh nak lawan PAHLAWAN I.S.A peguam ciptaan negara YER LA DIA JUGA MELAYU DAN LAYAK UTK DAPAT INI DAN ITU... SEBAGAI HAK ISTIMEWA jadi seorang melayu...

situasi SI SEPARUH HARGA samalah jua dengan MAT SESUMPAH... lakukan segala, sbb itu sahaja cara yang ada..my timbalan kena ada "kerusi"...takkan nak berdiri sahaja...yer la SI SEPARUH HARGA belum lagi nak  kasi kerusi MIC..dah bersawang dah berdaki...AYOYO..itu MIC aku punya kerusi...(sambil menjelirkan lidah)..so sesuatu arus dilakukan my PALANI perlu diberi kerusi....

18 bahagian sudah bersuara...PALANI harus di pilih segera...TAN SRI jangan MAIN-MAIN...apa kami kata akan kami kota!!!

deyyy yennada!!! PALANI dah banyak kali disitu apa dia mau...kalau bateri kereta dah asyik kena guna jumper saja la..cittt!

DSNTR dan TSMY jangan takut...kalau yang nak boikot setakat pemimpin kasta atasan... biarkan-biarkan... bukan mereka yang rakyat mahukan!!! KUASA ada ditangan Rakyat kena dahulukan... kali nih "mereka" kita ketepikan... sebelum "mereka" boikot!! kita kasi ajar dahulu!!
Tak sekolah punya kawan!!!


Rakyat HULU SELANGOR...ayuh kita buktikan!! biarpun "mereka" mahu melawan kita tunjukkan demi perpaduan dan masa depan kita UNDI CALON PILIHAN PERDANA MENTERI asal bukan  PALANI calon yang bukan-bukan!!! 


Semi Value... HITUNG dan buat KIRAAN.... u dah hujung zaman!!! cepat-cepat la bagi laluan... jangan sampai tukar haluan?? ada pulak ker yang nak kalungkan selipar jamban???

Friday, April 9, 2010

setahun di aras 5, INGAT JANJI DATO SERI!

teman dgn ayahanda teman berpeluang menonton SETAHUN DI ARAS 5 minggu lalu, cuma nak sentuh tentang janji DSNTR yang mana ADUN dan MP BN akan dipantau dan bagi mereka yang GAGAL dalam report card mereka akan diketepikan daripada senarai calon DUN dan Parlimen PRU13...

hemmm teman nak tanya...kalau calon tuh dah kalah dalam PRU12 kita nak pilih lagi ke DSNTR...sebab bagi teman yang kalah tuh cukup2lah...tak perlu nak buat comeback...bukan comeback macam TS Isa samad, tan sri tak kalah pilihanraya pun!!!

ala takyah selindung lagi lah...G Palani bleh la kot bersara dan sedor ler diri...DS Semi Value puncukup2 lah tabor janji...miker ler penyebab MIC hilang gigi taring dan kuku....GELI Dato Seri kalau gigit dengan gusi jer!!!

Yer la...hari nih la baru nampak marah2 shabat blogger sedikit kendur....dengan nasihat orang kuat YBK Dato Zainal Abidin Sakom...insyaallah kiambang kembali bertaut!!!

# takziah atas kehilangan pemimpin sarawak yang disegani!!

Monday, April 5, 2010

TAK LUT!!!

dah pun diketahui bila tarikh penamaan calon dan membuang undi, teman taknak sentuh bab tuh cuma teman ternanti-nanti drama dan wayang pihak pembangkang....keadaan pengundi di hulu selangor nampaknya tak memihak kepada PR buat masa ini...kalau tak takder la demo bantahan terhadap kerajaan negeri pimpian khalid g-a-g-a-p!!!

Cuma teman nak tau....ada lagi ke geng tak lut pedang dalam PRK kali nih? hehehhe berapa botol sos nak dibeli lagi....ehehhe...errr ker dah ada yang tak lut peluru...manalah tahu kot ada yang percaya FITNAH "datuk" ngeh koo ham yang polis akan tembak sesiapa yang mereka tak suka?

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...