Sunday, October 24, 2010

Menghukum BUKAN Menasihat - Fathul Bari

Go to fullsize image
Ustaz Fathul Bari - Ilmuan Agama UMNO

Seorang ulama akhiratkah Fathul Bari Mat Jahaya? Seorang ulama akhirat atau ulama benar sudah pasti berpegang teguh dengan mantapnya kepada kesemua 6,236 ayat al-Quran. Cukup banyak ayat Allah SWT yang melarang unsur-unsur persekongkolan, persahabatan dan persubahatan dengan pihak yang fasiq. Mengapa Fathul Bari tergamak dan berani melanggar ayat 44, 45, 47 dan 49 dalam Surah al-Maidah dan ayat 3 dalam Surah Ibrahim?

'Al-ulama warathatulanbia'. Seorang ulama itu waris para Nabi. Mana mungkin seseorang itu layak dan tergamak menggelarkan dirinya ulama jika taat setianya kepada Rasulullah tidak setepu-tepunya? Waris Nabikah dia? Seorang ulama benar yang imannya kental tidak tergoyah sedikit jua oleh godaan, cubaan dan ujian dunia yang fana ini, tetapi bertentangan sekali dengan ulama dunia yang lebih mementingkan dan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Malu dan takut seorang ulama Rabbani hanya kepada Allah SWT, tetapi seorang ulama suk lebih takut dan malu kepada manusia. Demikian juga seorang ulama Malaki pasti tetap senantiasa bersama-sama dengan jemaah yang istiqamah menjunjung tinggi akan setiap titah perintah Allah SWT dengan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
Kesimpulannya, saya bimbang, dengan menyertai Umno, Fathul Bari Mat Jahaya dan kumpulan ulama mudanya hanyalah ulama dunia atau ulama suk yang kasih dan cinta mereka kepada dunia mengatasi kasih dan cinta mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w.

Kasihan sungguh Fathul Bari Mat Jahaya yang malang.

Yangretibase,
Kuala Terengganu.

ini adalah respon daripada mereka (PAS) kepada Ustaz Fathul Bari apabila ilmuan islam muda ini dan rakan-rakanya menggangotai UMNO. Petikan ini saya petik daripada sebuah laman blog pembangkang yg tak perlulah saya nyatakan.

dan saya ingin respon kepada artikel ini, dengan meminta puak2 disana turut sama bermuhasabah diri dengan membaca kembali artikel hamba allah drpd KualaTerengganu tersebut. BACALAH sebagaimana turunya wahyu pertama ALLAH buat RASULLULLAH  SAW NABI JUNJUNGAN.

BERLAPANG DADALAH

saya juga menyeru setiap umat islam tak kira UMNO-PAS-PKR mahupun dari mana2 parti politik waimah DAP sekalipun merenung ucapan dan hujah Ustaz Fathul Bari dalam PAU 2010. ada yang kata beliau terima imbuhan dan sebagainya terutama apabila beliau berhujah mengenai festival fesyen yang dinaungi DS ROSMAH. sebagai audience saya hanya mengutip setiap isi kandungan dalam perspektif positif kerana setiap yg negatif itu adalah kelemahan diri manusia.

Ustaz Saiful Bari bukan menyokong tindakan DS ROSMAH sebaliknya beliau menyatakan kepada puak sana yakni PAS bahawa JANGAN MENGHUKUM sebaliknya SAMPAIKANLAH NASIHAT, dan saya yakin dalam hujah2 beliau itu beliau menyisipkan nasihat secara halus kepada DS Najib dan DS Rosmah serta seluruh ahli umno dan pemerhati. Pendapat saya mungkin tidak sama dengan anda semua tetapi saya yakin kalau yang baik yg kita kutip maka ganjaran baiklah yg akan menanti...INSYAALLAH.

Antara lain yg dikupas ialah sebaikmana pun manusia itu dalam pemahamanya terhadap agama ISLAM ini tidak semestinya mereka bebas daripada melakukan kesilapan mahupun DOSA kerana manusia tidak maksum!! Beliau membawa audience mengimbas kembali cerita pembunuhan ALI radiallah yang dibunuh oleh guru agama kesayangan UMAR al-khattab. BUDAYA menuduh muslim yg lain sbg kafir bukan lah budaya ISLAM. Mengaku diri menjunjung ISLAM sebaliknya melakukan benda yang bertentangan dengan ajaran ISLAM adalah bukan anjuran ISLAM. Tiap perbuatan dalam agama ISLAM ini punya etika2 yang perlu dipatuhi. Beliau mengimbau cerita bagaimana seorang penceramah yang memakai pakaian yg tipis cuba ditegur oleh jemaah tetapi dihalang oleh seorang sahabat nabi dengan nasihat lakukanlah selepas selesai majlis tersebut secara berhemah bukan secara terang2an.

wallahualam
amieiedaafham
laluan sentang 8

1 comment:

Anonymous said...

tu sebab fathul masuk UMNO dan tak join pas. kalau tak mesti betul semua. depa tak sedaq kah yang depa sendiri bersekongkol dengan DAP kapiaq dan PKR yang berpemimpinkan seorang yang mempunyai selera sex luar biasa sesuatu yang dinamakan subahat. menepuk air didulang terpercik kemuka sendiri. PAS memang pakar putar belit ayat2 suci Al-Quran. kalau tang depa semua betui orang len semua tak kena.

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA

SAYA SAYANG UTUSAN MALAYSIA
dari airmata , darah dan keringat melayu

LS8 SOKONG

LS8 SOKONG

RACIST dan perlu di BOIKOT

RACIST dan perlu di BOIKOT

FEEDJIT Live Traffic Feed

lihatlah DUNIA

amieiedaLUV

semalam...aku mengenalimu....
kemudian...aku terpaut padamu....
kelmarin...cinta ini bersatu....
dan KINI...aku terus menyayangimu...
dan ESOK...akan terus menyayangimu...
hingga AKHIR WAKTU...