Mustaffa Kamil persoal politik 'busuk' PERKASA
Kongsi 0Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.
"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini," katanya.
Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu
Ini Jawapan ARMAN
"Sokongan Wira PERKASA bukan kerana mahukan perpecahan sesama mereka (pemimpin PKR) tetapi setelah diambil kira antara semua calon, Mustafa Kamil Ayub dilihat calon yang ada jati diri Islam dan bangsa Melayu,"
"Tetapi soalannya kini kenapa (beliau) takut pada suara PERKASA yang menyeru perwakilan PKR menyokong beliau?" soal Arman Azha kembali. Secara sinis, beliau juga bertanya sama ada sesiapa yang mahu memegang jawatan dalam PKR takut membawa agenda kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan tanah air.
"Adakah pemimpin-pemimpin PKR sanggup gadaikan prinsip agama, bangsa dan tanah air semata-mata untuk dapat kuasa dan jawatan?
"Apa prinsip PKR jika bukan kerana agama bangsa dan tanah air?" tambah Arman Azha.
No comments:
Post a Comment